CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

PEMODELAN DAN RAMALAN OLEH INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), KKM

Keberkesanan pendekatan oleh Kerajaan dapat dibuktikan apabila dikaji dengan menggunakan kaedah pemodelan dan ramalan yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (National Health Institute), Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana PKP 1 sehingga PKP 4 telah berhasil dalam menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam negara.

Garisan hitam pada graf ini menunjukkan kes harian sebenar yang telah dilaporkan KKM, dan ianya didapati bertepatan dengan unjuran seperti di palang biru yang merupakan jangkaan kes harian oleh NIH KKM.

Berita lebih lanjut boleh didapati di pautan di bawah
https://kpkesihatan.com/2020/05/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-may-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

- CPRC KKM
PENGETAHUAN AM

Apakah itu nilai R dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak?

R0 (R naught) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Ia merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Apabila wabak merebak, nilai R pada sela masa t1, t2, t3 (dan seterusnya) boleh menurun sekiranya langkah-langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan di dalam masyarakat. Begitu juga, nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.

Menurunkan nilai R ke kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.

“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”

Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.

Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
13 Mei 2020 - Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung sehingga 9 Jun 2020.

Jangan sesekali alpa kerana kita masih berjuang.

Dalam tempoh PKPB ini, kekalkan disiplin yang tinggi. Praktikkan kawalan kendiri. Sentiasa patuhi arahan dan SOP pihak berkuasa.

Ingatlah, duduk di rumah jika tiada keperluan di luar.

Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2912872328760885/
BERITA TERKINI

Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%.

Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 13 Mei 2020

Zon dan Daerah yang mencatatkan kes melebihi 41 kes termasuklah:

1) Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan)
2) Petaling (Selangor)
3) Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu dan Sri Petaling (K.L)
4) Kuching (Sarawak)

Hanya Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Labuan dan Kelantan yang bebas dari sebarang kes aktif.

- CPRC KKM