CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi - PM @MuhyiddinYassin
NEWS FLASH

Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020

1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
2. Peratusan sembuh tinggi.
3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan.
9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula.
19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
21. 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
25. Selamat Menjalani ibadah puasa.

Sekian.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Sidang media harian KKM untuk laporan situasi terkini penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia kembali semula bersiaran secara langsung selepas berehat sehari.

Ketahui statistik terbaharu #COVID19 pada jam 4.30 petang ini bersama Ketua Pengarah Kesihatan
@DGHisham

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Terdapat enam negara yang mempunyai 100,000 kes ke atas, 3 negara mempunyai 200,000 kes ke atas dan satu negara yang mempunyai 1 juta kes ke atas.

Dalam kalangan negara-negara yang disebutkan di atas kes kematian yang paling rendah adalah Rusia iaitu 0.92% atau 1,723 kes dan kesembuhan yang paling tinggi adalah Jerman iaiitu 84% atau 143,300 kes.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 10 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
67 (Termasuk 0 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,656

Kes sembuh:
96

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,025

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
18 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
108


Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020- YAB PM

Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

AKTIVITI PENDEKATAN TERTUMPU (TARGETED APPROACH) MENUNJUKKAN HASIL POSITIF

Aktiviti ini telah menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes COVID-19.

Sehingga 10 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar seperti berikut:
• Peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka;
• Pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling;
• Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin;
• Anggota kesihatan KKM;
• Penduduk di lokaliti-lokaliti PKPD;
• Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang
berkait rapat dengan PBKL;
• Pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah; dan
• Rumah jagaan warga emas.

Masyarakat tidak perlu khuatir dengan pengingkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh Kerajaan kerana ini menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan ini.

Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus menular di kalangan masyarakat.

-Sidang Media, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia-

- CPRC KKM
PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT

Social distancing measures are currently being implemented in many countries.

Maybe in one and a half years, we will have a vaccine. But before that, we definitely have to keep #SocialDistancing.

It's true the #COVID19 outbreak has brought some changes. But remember, keeping each other safe and connected is everyone's responsibility.

Infograpic WHO

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Jumlah pecahan kes mengikut negeri, daerah dan presint sehingga 10 Mei 2020.

27 kes positif dilaporkan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya menyaksikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikeluarkan ke kawasan tersebut bertujuan untuk mengurangkan aktiviti keluar masuk orang ramai sekaligus membendung penularan jangkitan Covid-19.

#covid19malaysia
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Kadar kesembuhan bagi seluruh negara di dunia pada hari ini telah mencecah kepada 34.3% (1,406,345 kes) berbanding semalam 33.6% (1,324,316 kes) dengan kenaikan 0.7%.

Negara Kanada telah mencapai 70,091 kes berbanding semalam 68,918 kes.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini

- CPRC KKM