CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Jumlah kes bagi seluruh dunia menghampiri ke 4 juta kes dan kadar kesembuhan adalah 33.52%.

Walaupun negara Jerman adalah dari kalangan negara yang mempunyai kes melebihi 100,000 kes tetapi negara tersebut mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi iaitu 83.07% atau 141,700 kes.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Lindungi Keluarga, KEKAL HIJAU

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 8 Mei.

Amalkan penjarakan sosial bila berada di luar, tapi kalau tiada keperluan untuk keluar, duduk saja di rumah. Tempat yang paling selamat ketika ini adalah rumah anda sendiri.

#KitaMestiMenang
PENGUMUMAN RASMI

Salam sejahtera dan salam hormat,

KKM ingin memaklumkan bahawa tiada sidang media bagi perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia pada hari ini, 9 Mei 2020.

Namun begitu, Kenyataan akhbar situasi semasa covid akan dikeluarkan jam 4.30 petang.

Sidang media akan kembali berjalan seperti biasa pada esok, 10 Mei 2020.

KKM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama rakyat Malaysia terutama pengikut FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sentiasa jaga kebersihan diri seperti mencuci tangan menggunakan sabun dan air serta mengamalkan penjarakan sosial.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 9 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
54 (Termasuk 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,589

Kes sembuh:
65

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
4,929

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
18 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
1

Jumlah keseluruhan kematian:
108


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM
PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT

Stay safe and avoid rush hour if possible

Travelling when there are fewer passengers makes it easier to maintain at least 1 metre distance from others

Don't forget to take other precautions such as washing hands and using alcohol-based hand rubs.

Infographic from WHO

- CPRC KKM
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.

Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​ Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​ Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​ Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​ Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)

10 Mei 2020