CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
JOM kemas kini aplikasi MySejahtera untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru!

Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Ampang, 7 Mei 2020 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah menyantuni petugas barisan hadapan di Hospital Ampang pada hari Khamis.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157020787521237

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Klang, 7 Mei 2020 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah menyantuni petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada hari Khamis.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157020778431237

- CPRC KKM
NEWS FLASH

#COVID19 Statistik terbaru WHO menunjukkan 12 negara mencatat kes melebihi 100,000.

Daripada 12 negara teratas ini, Rusia mempunyai kadar kematian terendah 0.92%.

UK pula kadar kematian tertinggi 14.76% atau hampir 31K, kadar kesembuhan terendah 0.47% atau hanya 968 sembuh.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 7 Mei 2020.

Semalam juga menyaksikan dua kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi dan Kluster Warga Emas, kedua-duanya di negeri Selangor.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 8 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 68 (Termasuk 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,535

Kes sembuh: 88

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,864

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 18 (Seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 107


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

COVID-19; Kuarantin atau pengasingan selama 14 hari boleh menjadikan seseorang itu terasa terasing. Namun begitu ternyata anda bukan keseorangan. Hubungilah dengan mereka di luar terutamanya ahli keluarga untuk kebaikan semua. Teguhkan iman dan amalkan kelaziman baru.

Nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah 👍