Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengecaman Teks. Untuk peranti iOS 13 atau macOS 10.15 ke atas, anda boleh guna Teks Langsung untuk pilih dan salin teks secara terus dari foto dalam bual.

Di iOS, tekan untuk buka foto dalam bingkai media, kemudian tekan ikon teks untuk asingkan perkataan dari latar belakang. Aplikasi macOS secara automatik mengesan teks dalam foto – tersedia untuk anda memilih dengan kursor anda.

Pengecaman imej secara selamat ini dilakukan sepenuhnya di peranti anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Video. Cipta dengan mudah stiker beranimasi dari fail video .WEBM di mana-mana program menyunting video dan terbitkan mereka menggunakan bot @Stickers.

Untuk maklumat lanjut, sila ke Manual Stiker Video dan Panduan Bot Stiker yang menggariskan langkah secara terperinci.

Juruprogram boleh menggunakan API Import Stiker untuk membina aplikasi bagi mencipta dan mengimport stiker ke Telegram.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesan Reaksi dan Status Dilihat. Animasi untuk reaksi adalah padat dan boleh dimainkan secara langsung untuk semua ahli bual. Untuk mengirim kesan lebih besar, tekan dan tahan pada emoji di menu.

Reaksi juga mempunyai status dilihat – tekan pada butang ♡ yang terpapar di bual untuk lompat ke mesej anda dengan reaksi yang belum dilihat.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Navigasi Bual Terbaru. Tekan dan tahan butang ‘Kembali’ untuk balik ke bual tertentu selepas membuka bual lain dari mesej dimajukan, link, profil dan lagi.

Bila melompat menerusi saluran belum dibaca, saluran sebelumnya dari rangkaian juga akan terpapar di senarai.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengurus Muat Turun. Kawal muat turun media dan fail anda dari tab Muat Turun di Carian, atau tekan ikon ⬇️ yang ada di senarai bual bila anda mempunyai muat turun yang aktif.

Henti sementara dan sambung semula semua muat turun atau satu-satu item – dan pilih satu untuk lihatnya di bual. Di iOS, anda boleh pilih mana-mana item untuk tinggikan prioriti, agar ianya boleh dimuat turun terlebih dahulu.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pratonton Album Media. Selepas memilih beberapa item di menu lampiran 📎 , tekan ‘⋯ dipilih’ untuk teliti mesej sebelum dikirim.

Tarik item untuk tukar tempatnya di album, tambah kapsyen atau keluarkan media yang dipilih.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sokongan Perisian Penstriman. Siar secara langsung video di grup dan saluran dari program luaran seperti OBS dan XSplit untuk input tambahan, grafik dan lagi.

Pilih ‘Strim dengan…’ bila memulakan siaran anda, kemudian tampal butiran ke dalam perisian penstriman kegemaran anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Link ke Nombor Fon. Pos atau kongsi link t.me di mana-mana untuk membolehkan pengguna lain hubungi anda, berdasarkan pada nombor fon anda.

Link ini akan selari dengan tetapan Privasi Nombor Fon anda – jika pengguna tidak dibenarkan menemui anda dengan nombor fon anda, link tidak akan berfungsi untuk mereka.

Untuk cipta link t.me tanpa pengenalan untuk diri anda, tambah nama samaran bersesuaian di Tetapan.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pratonton Browser. Sesiapa sahaja boleh buka link t.me untuk lihat profil, pos atau keseluruhan konten saluran awam di browser mereka - walaupun mereka belum lagi berdaftar dengan Telegram.

Pratonton ini termasuk butang untuk memuat turun Telegram secara pantas untuk fon mudah alih dan desktop, atau untuk membukanya di Telegram Web.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bunyi Notifikasi. Tekan fail audio pendek atau mesej suara dan pilih ‘Simpan untuk Notifikasi’ untuk cipta nada pemberitahuan tersuai yang akan segerak dengan semua peranti – seperti 20+ bunyi yang terdapat di sini.

Anda boleh set nada khas untuk bual peribadi, atau kesemua grup bual. Tambah dan urus melalui Tetapan > Notifikasi dan Bunyi atau di bual tertentu.

Di Android, tekan ⋮ > Senyap > Sesuaikan di kepala bual.
Di iOS, tekan Senyap > Sesuaikan dari laman info bual.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Senyap atau Notifikasi Senyap. Nyahdaya pemberitahuan bunyi dari bual atau tutup terus notifikasi.

Pilih ‘Senyap untuk’ pada Android atau ‘Senyap sehingga🔔 pada iOS untuk set tempoh masa senyap tersuai – hentikan seketika notifikasi untuk tempoh masa tertentu.

Anda juga boleh senyapkan bual secara pantas dari senarai bual anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Balas dari Mesej Dimajukan. Pilih mesej untuk dimajukan mereka ke bual yang lain. Memajukan akan tunjuk balasan untuk memaparkan konteks penuh perbualan.

Anda boleh kawal samada mesej dimajukan bersekali dengan link ke akaun anda di Tetapan > Privasi dan Sekuriti.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apl Mini. Juruprogram boleh cipta interfes fleksibel tanpa had untuk bot menggunakan JavaScript.

Dengan ini, bot boleh mengganti mana-mana laman web – seperti storan di talian, mainan dan perkhidmatan lain.

Elemen interfes boleh mengemaskini dalam masa langsung, bertukar selari dengan tema pengguna atau mod malam. Sila lihat @DurgerKingBot untuk lihat bot beraksi.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pentadbir Bot. Sesetengah bot dicipta untuk diguna di grup dan saluran – untuk membantu moderator atau tambah ciri yang menghiburkan.

Bot boleh ditambah secara terus ke bual dari profil mereka, membolehkan anda menetapkan dengan pantas kuasa yang diberi.

Bot boleh ditambah ke grup sebagai ahli atau pentadbir, tetapi hanya boleh ditambah ke saluran sebagai pentadbir.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gambar-dalam-Gambar. Teruskan menonton video sementara anda sedang layari lain-lain bual mahupun aplikasi lain.

Tekan atau klik ikon GdG (PiP) di pemaparan media pada mana-mana aplikasi untuk tukar ke mod gambar-dalam-gambar, dan cubit atau tarik untuk gerakkan dan tukar saiz tingkap pemain. Untuk tutup jendela, tarik keluar dari skrin atau tekan ⓧ.

Di iOS, tarik pemain ke tepi skrin anda untuk sorok video dan terus mendengar audionya.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Telegram kini mempunyai lebih dari 700 juta pengguna dan merupakan satu dari lima aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pencapaian ini dan ciri-ciri Telegram, sila ke blog kami.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Telegram Premium membolehkan pengguna membantu menyokong aplikasi dan membuka pintu kepada ciri eksklusif seperti:

⭐️ Muat Naik 4 GB
⭐️ Kelajuan Muat Turun Lebih Pantas
⭐️ Transkripsi Mesej Suara
⭐️ Transkripsi Mesej Video
⭐️ Stiker Premium
⭐️ Reaksi Premium
⭐️ Folder Bual Paras Asal
⭐️ Auto Arkib Bual
⭐️ Gambar Profil Beranimasi
⭐️ Lencana Profil
⭐️ Tiada Iklan
⭐️ Ikon Premium
⭐️ Had Dua Kali Ganda
⭐️ Emoji Tersuai
⭐️ Hadkan Mesej Suara
⭐️ Hadiahkan Telegram Premium
⭐️ Status Emoji
⭐️ Transkripsi Mesej Video
⭐️ Terjemahan Langsung
⭐️ Warna Akaun
⭐️ Warna Profil
⭐️ Kertas Dinding untuk Kedua Pihak
⭐️ Terakhir Dilihat dan Waktu Dibaca Satu Hala
⭐️ Permisi Mesej Peribadi
⭐️ Tag untuk Mesej Disimpan

Semua ciri sedia ada akan terus percuma, dan ciri baru untuk semua pengguna akan terus diperkenalkan di setiap kemaskini.

Untuk melihat senarai penuh ciri @ Premium, pergi ke Tetapan > Telegram Premium.

#SenaraiTelegramPremium

Maklumat lanjut – sila wawarkan:

Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ 4 GB Muat Naik. Pelanggan Telegram Premium boleh kirim media dan fail setiap satu bersaiz hingga 4 GB – di mana semua pengguna boleh memuat turun.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Muat Turun Lebih Laju. Telegram Premium membuka pintu kepada kelajuan muat turun selaju mungkin – memuat media dan menyimpan fail secepat yang dibenarkan oleh rangkaian anda.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Transkipsi Mesej Suara. Pengguna Premium boleh tekan pada butang →A untuk dengan pantas baca mesej suara atau salin teks dari audio.

Anda juga boleh nilai paparan tulisan untuk tolong menambah baik ketepatan – tekan lama pada iOS atau tekan pada mesej suara di Android.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM