Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Android Muat Turun Terus. Telegram untuk Android boleh didapati terus dari laman web kami. Ianya dikemaskini secara automatik dan anda akan menerima versi baru jauh lebih cepat dari aplikasi di Play Store dan App Store.

Aplikasi Telegram menyokong binaan yang boleh dihasilkan semula – mana-mana pengguna boleh pastikan yang aplikasi mereka dibina dengan kod sumber terbuka yang sama yang diterbitkan di talian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Disemat Peribadi. Tanda info penting dan peristiwa istimewa dalam bual 1-sama-1 dengan menyemat mereka untuk kedua pihak – atau hanya untuk anda.

Tekan pada bar atas untuk lompat sematan sebelumnya atau buka mereka semua dalam senarai berasingan untuk menjumpai kegemaran anda dengan pantas.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Blog dan Paparan Segera.
telegra.ph adalah alat yang diperkemas untuk membuat blog dan artikel di browser anda. Anda boleh tambah imej atau video dan memformat teks di mudah alih dan desktop. Log masuk dengan bot @telegraph untuk melihat statistik dan menyunting semua artikel anda dari mana-mana peranti.

Paparan Segera tersedia untuk semua link telegra.ph dan banyak laman berita - membuka halaman secara automatik dalam aplikasi anda dengan masa muat sifar. Setiap pengguna dapat menyesuaikan tetapan mereka dengan gaya font dan tema yang berbeza.

Di Android, tema Paparan Segera anda adalah sesuai dengan tema aplikasi anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Video. Buka kamera anda atau kongsi skrin anda di bual grup dengan tanpa had penontonnya.

Tekan mana-mana video pengguna untuk memenuhi skrin dan sematkan skrin terpilih untuk memberi fokus, sementara yang lain menyertai panggilan. Bual Video dioptimakan untuk semua peranti – untuk skrin yang lebih besar dan pelbagai opsyen paparan, cuba ia di tablet atau desktop anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup di Tablet.
Panggilan video grup adalah dioptimakan untuk semua platform – di tablet, tekan untuk buka panel tepi, yang akan mempamirkan paparan skrin terpisah yang dinamik.

Pengurangan Bising didayakan secara paras asal, menghasilkan audio setiap peserta terang dan jelas dari mana-mana peranti atau lokasi.

Anda boleh daya atau nyahdayakan pengurangan bising anda di tetapan bual suara.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup di Desktop. Bual suara dan bual video di Desktop buka dalam tingkap berasingan, agar anda boleh bercakap dan taip dalam masa yang sama.

Bila anda kongsi skrin anda, anda boleh pilih program individu untuk disiarkan di keseluruhan skrin anda.

Di desktop, bila seseorang mula kongsi skrin mereka, video inputnya akan disemat secara automatik.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Beranimasi. Semua tema paras asal mempunyai kertas dinding beranimasi dijana secara algoritma – dengan warna berputar yang bergerak bila anda kirim mesej.

Anda boleh pilih dari beberapa latar belakang yang sedia diset oleh pereka kami, atau cipta anda punya di editor tema.

Untuk melihat semua opsyen paras asal, sila ke Tetapan Bual > Tukar Latar Belakang di Android atau Penampilan > Latar Belakang Bual di iOS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkongsian Skrin dalam Panggilan Video Grup. Dalam panggilan video grup anda boleh siarkan video dari skrin anda atau kamera – atau kedua-duanya dalam masa yang sama. Di desktop, anda juga boleh pilih program tertentu untuk disiarkan.

Video dari skrin anda termasuk audio, dan perkongsian skrin juga terdapat di panggilan video 1-dengan-1.

Untuk kongsi skrin anda, tekan ⋮ atau ⋯ dalam mana-mana aplikasi dan pilih dari menu.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menu Bot. Di bual yang mempunyai bot, kirim arahan menggunakan butang menu – ianya menyenarai beberapa opsyen dengan keterangan ringkas agar anda dapat mula mengguna bot.

Juruprogram bot boleh mencipta arahan khusus yang bertukar mengikut bahasa interfes pengguna, jenis bual atau status pentadbir.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Khusus Beranimasi. Pilih mana-mana 3 atau 4 warna untuk reka latar belakang bual yang dijana dengan menggunakan algorithma.

Seperti tema khusus, anda boleh kongsi latar belakang beranimasi anda dengan pengguna lain untuk memberi bual mereka gaya baru.

Untuk pilih latar belakang yang telah diset atau lakukan rekaan anda sendiri, sila ke Tetapan Bual > Tukar Latar Belakang di Android atau Penampilan > Latar Belakang Bual di iOS.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Video. Ucapkan salam dan kongsi dengan pantas detik-detik istimewa dengan video pendek beresolusi tinggi - tanpa membuka kamera aplikasi anda.

Tekan pada mesej video untuk besarkannya dan buka suara, dan tekan padanya sekali lagi untuk majukan ke depan atau putar ke belakang secara pantas

Audio dari peranti anda akan terus bermain sementara anda merakam, dan anda boleh picit untuk zum masuk bila merakam dengan kamera belakang. Untuk mula merakam, sila tekan ikon mikrofon di bar mesej untuk tukar ke video.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berkongsi Skrin di Panggilan Video. Ketika melakukan panggilan video, anda boleh kongsi perisian kamera anda atau video dari skrin anda – sekali dengan bunyi.

Dalam panggilan video grup, anda boleh kongsi kedua-dua kamera dan skrin anda dalam masa yang sama.

Untuk kongsi skrin anda. Sila tekan pada butang video dan pilih skrin anda sebagai punca video.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelajuan Main Balik Video. Anda boleh tonton video di pemain media dengan kelajuan 0.5x, 1x, 1.5x atau 2x.

Pelbagai kelajuan main balik juga ada untuk audio – termasuk mesej suara dan podkas.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lukisan Tepat. Bila menghias foto atau video di penyunting media, berus anda akan secara automatik mengecil bila anda zum masuk – memudahkan bila melukis perincian.

Untuk tukar saiz berus anda secara manual, sila tarik bulatan kecil ke atas dari bar pilihan warna.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Mesej Beranimasi. Teks, stiker, emoji dan mesej suara melayang ke dalam bual bila anda tekan ‘Kirim’ – meloncat dari kekunci peranti anda dengan animasi jimat tenaga.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Strim Langsung di Saluran. Mula Strim Langsung di saluran anda untuk menyiarkan video dan audio atau kongsi skrin tanpa jumlah had penonton dari mana-mana peranti – mobil atau komputer (desktop atau komputer riba).

Di Android, buka Profil Saluran ⋮ > Mula Strim Langsung.
Di iOS, buka Profil Saluran > Strim Langsung.
Di Desktop, tekan/klik ikon 💬 pada bar di bahagian atas Saluran.
Di macOS, tekan/klik … pada bar di bahagian atas Saluran > Strim Langsung.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memajukan Secara Fleksibel. Tekan Memajukan Mesej pada atas bar mesej untuk buka tingkap pratonton dan sesuaikan bagaimana mesej akan dipaparkan.

Sembunyikan nama pengirim, sembunyi kapsyen dari mesej media, nyahpilih mesej atau tukar penerima jika anda tekan pada bual yang silap.

Di Privasi dan Sekuriti tetapan anda, anda boleh kawal samada mesej anda termasuk link ke profil anda bila memajukan dengan nama anda boleh dilihat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lompat ke Saluran Belum Dibaca Seterusnya. Ada terdapat berjuta saluran di Telegram di mana berita, video, meme dan banyak lagi sentiasa dipos. Bila anda telah tiba ke paras paling bawah saluran, anda boleh leret ke atas untuk tukar dengan pantas ke saluran belum di baca seterusnya – tanpa kembali ke senarai bual.

Jika anda guna folder atau Bual Diarkib untuk menyusun senarai bual anda, aplikasi akan terdahulu tunjuk saluran anda dari Folder Terkini, kemudian Folder Yang Lain anda, kemudian dari Semua Bual, dan akhir sekali Arkib anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Bertren. Di atas stiker Terbaru Diguna anda, anda akan dapat temui pek terkini dari artis profesional.

Skrol pada bar di gambar kecil, kemudian tekan untuk pratonton dan tambah pek ke panel anda.

Untuk tukar susunan pek stiker anda, tekan lama pada salah satu dari ikon di bar atas dan tariknya ke tempat dikehendaki.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS