Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jemput Penceramah dan Peserta ke Bual Suara. Pentadbir di bual suara boleh kongsi link jemputan tertentu yang benarkan pengguna sertai dengan serta merta dengan hak istimewa untuk bercakap atau dengan mikrofon mereka disenyapkan.

Peserta boleh angkat tangan mereka pada bila-bila masa untuk minta kebenaran dari pentadbir untuk bercakap.
Panduan Telegram boleh didapati dalam 12 bahasa lain selain Melayu - dan akan ditambah dari masa ke semasa. 😈

Jerman
Indonesia
Inggeris
Itali
Perancis
Poland
Portugis
Sepanyol
Turki
한국어
العربية
فارسی
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembayaran. Peniaga boleh memapar barangan dan terima pembayaran kad kredit dalam mana-mana bual.

Telegram tidak mengenakan apa-apa komisen dan tidak menyimpan info pembayaran – lihat bagaimana caranya melalui demo di @TestStore.

Transaksi diproses secara selamat oleh 8 pembekal pembayaran, seperti Stripe. Mana-mana peniaga boleh terus mula mengguna API Pembayaran -- tiada permohonan atau kelulusan diperlukan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Suara Berjadual. Pentadbir Grup dan Saluran boleh jadualkan bual suara untuk tarikh dan masa tertentu.

Ahli akan dapat lihat bilangan menurun di bahagian atas bual, di mana mereka boleh tekan untuk set notifikasi bila bual suara itu bermula.

Untuk jadualkan bual suara, buka laman profil Grup atau Saluran.
Android: tekan ⋮ > Mula Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
iOS: tekan Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Peringatan Bual Suara. Setelah bual suara dijadualkan, anda boleh tekan pada banting pembilang turun untuk terima notifikasi bila bual suara dimulakan – walaupun jika ianya berjalan langsung pada masa yang tak sama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Profil Bual Suara. Tekan pada pengguna di senarai peserta bual suara untuk lihat bio penuh mereka dan gambar profil yang dikembangkan.

Anda juga boleh tukar gambar dan sunting bio anda terus dari interfes, tanpa mengecilkan bual.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cepat Ke Depan dan Pusing Balik Video. Di pemain media, tekan lama pada sebelah kanan atau kiri skrin untuk cepat ke depan dan pusing ke belakang – atau tekan dua kali untuk lompat 10 saat ke depan atau ke belakang.

Di iOS, tekan lama butang +/-15s.

Untuk lajukan atau perlahankan video, tukar kelajuan main balik.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Bertren. Tekan butang (+) di panel stiker untuk lihat pek yang bersesuaian dengan musim – atau hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Statistik Grup. Pemilik grup besar dengan lebih daripada 500 ahli dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan pertumbuhannya.

Statistik juga ada untuk saluran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Picit untuk Zum Media. Besarkan gambar dan video seta merta dalam bual dengan memicit skrin untuk zum ke dalam – tanpa membuka mereka di pemain media.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Telegram Web. Buka salah satu dari web aplikasi Telegram di web browser anda pada mana-mana peranti – desktop atau mudah alih.
WebZ
WebK

Telegram Web menyokong ciri-ciri kegemaran anda seperti stiker beranimasi
, mod gelap dan folder bual, dan ianya sangat efisien – memerlukan hanya 400KB untuk dimuat turun tanpa perlu dipasang.

Seperti aplikasi Desktop kami, Telegram Web adalah mandiri. Sebaik sahaja anda log masuk, anda tak perlu meletak fon anda berhampiran atau dihubungi ke internet.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Android Muat Turun Terus. Telegram untuk Android boleh didapati terus dari laman web kami. Ianya dikemaskini secara automatik dan anda akan menerima versi baru jauh lebih cepat dari aplikasi di Play Store dan App Store.

Aplikasi Telegram menyokong binaan yang boleh dihasilkan semula – mana-mana pengguna boleh pastikan yang aplikasi mereka dibina dengan kod sumber terbuka yang sama yang diterbitkan di talian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Disemat Peribadi. Tanda info penting dan peristiwa istimewa dalam bual 1-sama-1 dengan menyemat mereka untuk kedua pihak – atau hanya untuk anda.

Tekan pada bar atas untuk lompat sematan sebelumnya atau buka mereka semua dalam senarai berasingan untuk menjumpai kegemaran anda dengan pantas.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Blog dan Paparan Segera.
telegra.ph adalah alat yang diperkemas untuk membuat blog dan artikel di browser anda. Anda boleh tambah imej atau video dan memformat teks di mudah alih dan desktop. Log masuk dengan bot @telegraph untuk melihat statistik dan menyunting semua artikel anda dari mana-mana peranti.

Paparan Segera tersedia untuk semua link telegra.ph dan banyak laman berita - membuka halaman secara automatik dalam aplikasi anda dengan masa muat sifar. Setiap pengguna dapat menyesuaikan tetapan mereka dengan gaya font dan tema yang berbeza.

Di Android, tema Paparan Segera anda adalah sesuai dengan tema aplikasi anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Video. Buka kamera anda atau kongsi skrin anda di bual grup dengan tanpa had penontonnya.

Tekan mana-mana video pengguna untuk memenuhi skrin dan sematkan skrin terpilih untuk memberi fokus, sementara yang lain menyertai panggilan. Bual Video dioptimakan untuk semua peranti – untuk skrin yang lebih besar dan pelbagai opsyen paparan, cuba ia di tablet atau desktop anda.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup di Tablet.
Panggilan video grup adalah dioptimakan untuk semua platform – di tablet, tekan untuk buka panel tepi, yang akan mempamirkan paparan skrin terpisah yang dinamik.

Pengurangan Bising didayakan secara paras asal, menghasilkan audio setiap peserta terang dan jelas dari mana-mana peranti atau lokasi.

Anda boleh daya atau nyahdayakan pengurangan bising anda di tetapan bual suara.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Grup di Desktop. Bual suara dan bual video di Desktop buka dalam tingkap berasingan, agar anda boleh bercakap dan taip dalam masa yang sama.

Bila anda kongsi skrin anda, anda boleh pilih program individu untuk disiarkan di keseluruhan skrin anda.

Di desktop, bila seseorang mula kongsi skrin mereka, video inputnya akan disemat secara automatik.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Beranimasi. Semua tema paras asal mempunyai kertas dinding beranimasi dijana secara algoritma – dengan warna berputar yang bergerak bila anda kirim mesej.

Anda boleh pilih dari beberapa latar belakang yang sedia diset oleh pereka kami, atau cipta anda punya di editor tema.

Untuk melihat semua opsyen paras asal, sila ke Tetapan Bual > Tukar Latar Belakang di Android atau Penampilan > Latar Belakang Bual di iOS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkongsian Skrin dalam Panggilan Video Grup. Dalam panggilan video grup anda boleh siarkan video dari skrin anda atau kamera – atau kedua-duanya dalam masa yang sama. Di desktop, anda juga boleh pilih program tertentu untuk disiarkan.

Video dari skrin anda termasuk audio, dan perkongsian skrin juga terdapat di panggilan video 1-dengan-1.

Untuk kongsi skrin anda, tekan ⋮ atau ⋯ dalam mana-mana aplikasi dan pilih dari menu.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS