Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tetapan Arkib. Di paras asal, bual dibunyi yang anda kirim ke arkib anda berada di sana untuk tempoh sementara – sehingga mereka terima mesej baru.

Dalam tetapan arkib anda, anda boleh set bual dibunyi untuk sentiasa berada di sana – sama seperti bual disenyap.

Sebagai tambahan, tetapan arkib anda membolehkan anda urus bagaimana bual dalam folder bertindak, dan juga bual dari pengguna tak dikenali.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lihat hasil carian sebagai Senarai. Fungsi Carian membolehkan anda melompat antara mesej yang mengandungi kata kunci dengan mudah - atau dihantar oleh orang tertentu, atau dari hari tertentu. Tekan nombor di bar bawah untuk membuka paparan senarai dan melihat semua hasil dalam satu halaman.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penapis Carian. Untuk mencari foto, video atau dokumen tertentu dengan pantas, tekan tab di Carian Global.

Ini membolehkan anda menyempurnakan hasil carian mengikut kata kunci, sumber, jenis media dan jangka masa.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Set pintasan Tolak-untuk-Cakap di aplikasi Desktop Telegram untuk menukar mikrofon anda dengan kunci pilihan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sistem menyeluruh Wijet tersedia untuk pengguna Android yang memungkinkan mereka kendalikan mikrofon mereka walaupun Telegram berada di latar belakang.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Suara. Grup Telegram juga menyokong suara persisten dan bual video, di mana ahli boleh sertai atau keluar pada bila-bila masa.

Selepas menyertai, anda bebas bergerak dalam aplikasi dan melayari bual lain – kawalan mikrofon sentiasa berada di skrin untuk anda dengan pantas senyapkan atau bunyikan.

Untuk kongsikan kamera anda atau skrin, hanya tekan ikon kamera.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Video. Mulakan panggilan video satu lawan satu dengan pengguna dari halaman profil mereka untuk komunikasi bersemuka.

Anda boleh menghidupkan atau mematikan video anda pada bila-bila masa, dan bebas melakukan banyak tugas dalam bual lain - panggilan video menyokong mod Gambar-dalam-Gambar.

Semua panggilan suara dan video dilindungi dengan enkripsi dari awal ke akhir. Untuk mengesahkan hubungan anda, bandingkan empat emoji yang ditunjukkan di skrin. Sekiranya sesuai dengan pasangan anda, panggilan anda adalah 100% selamat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video Profil. Anda boleh memuat naik foto dan video ke profil anda, menunjukkan semua bahagian penampilan terbaik anda.

Pilih video dari galeri anda, sunting atau hiasinya dengan alatan dalaman, kemudian seret garis masa untuk memilih bingkai gambar statik anda dalam bual.

Profil video akan berputar bila seseorang membuka profil anda – kecuali untuk pengguna Premium, di mana video akan beranimasi di sepanjang aplikasi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Profil. Menekan kepala bual akan membuka profil pengguna. Di sana anda boleh lihat gambar profil mereka dan bio, buat panggilan suara atau panggilan video – dan akses media dikongsi.

Dari profil pengguna, anda boleh tukar tetapan notifikasi dan hapus auto, set tema unik untuk bual dan lagi.

Grup dan Saluran mempunyai profil juga – mereka dikenali sebagai laman info.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cap waktu. Sekiranya anda tambah cap waktu seperti 0:05 pada kapsyen video, ia akan diserlahkan secara automatik sebagai link. Tekan cap waktu akan memainkan video dari tempat yang betul. Ini juga berfungsi jika anda menyeru cap waktu semasa membalas video.

Cap waktu disokong pada video Telegram dan mesej dengan link YouTube, sekiranya anda ingin menandakan momen kegemaran anda ketika berkongsi episod Senario.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelajuan Main Balik Audio. Tekan untuk dayakan kelajuan main balik 2x untuk mesej suara, podkas dan fail audio panjang. Tekan dan tahan butang 2x untuk pilih kelajuan lain seperti 0.5x dan 1.5x.

Jangan risau jika anda tidak habis mendengar - kemajuan anda disimpan secara automatik untuk kemudian.

Kelajuan main balik pelbagai juga ada untuk video di pemain media dan mesej video.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pilihan Separa. Mana-mana bahagian mesej boleh dipilih secara khusus dan disalin – memudahkan pengguna untuk mencari dan berkongsi.

Di Android, tekan lama untuk pilih mesej, kemudian tekan lama sekali lagi untuk pilih teks.

Di sini bagaimana ia kelihatan pada iOS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media Editor: Media Editor: Emoji Tersuai. Setiap pengguna boleh hiaskan foto dan video dengan emoji tersuai dan stiker Premium – walaupun jika meraka tidak mempunyai Telegram Premium.

Emoji tersuai adalah percuma untuk digunakan oleh semua dalam Mesej Disimpan mereka, menambah emosi ekstra atau ikon unik pada nota dan peringatan.

Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tetapan Bahasa. Interfes bahasa aplikasi anda boleh ditukar tanpa mengira bahasa yang digunakan oleh sistem peranti anda.

Lebih dari 25 bahasa rasmi termasuk Melayu disokong di Tetapan > Bahasa – dengan berdozen lagi tersedia sebagai versi beta.

Untuk masukkan Melayu Jawi ke Menu Bahasa Telegram anda, tekan link di bawah:
https://yangx.top/setlanguage/melayu-jawi

Anda hanya perlu lakukan di atas sekali sahaja pada setiap peranti untuk letakkan bahasa Jawi di Menu Bahasa anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sembunyi Akaun Anda. Di paras asal, nombor fon anda adalah tersembunyi dari semua pengguna kecuali kenalan (mereka yang ada dalam buku fon) anda.

Pengguna hanya boleh melihat profil anda sekiranya mereka mengetahui nombor fon, nama samaran anda, atau jika mereka berada dalam grup bual di mana anda juga adalah ahli grup tersebut.

Di Tetapan Privasi anda, anda boleh menjadikan nombor fon anda tidak boleh dilihat oleh sesiapa, yang mana ianya akan membuka tetapan ekstra: Siapa Boleh Cari Saya Dengan Nombor Saya?

Dengan mengeset Siapa Boleh Cari Saya kepada Kenalan Saya, jika sesiapa selain dari kenalan anda mencari nombor fon anda, ia akan muncul seperti akaun anda tidak wujud.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tetapan video automatik dan muat turun automatik. Video yang lebih kecil mula dimainkan tanpa suara ketika mereka sampai di skrin anda. Untuk mendengarnya, tekan butang kelantangan di peranti anda.

Sekiranya anda ingin kawal penggunaan data anda, cubalah tetapan muat turun automatik yang baru. Sangat mudah untuk melihat tetapan semasa anda dan kami telah tambah cara cepat baru untuk beralih antara praset Rendah, Sederhana dan Tinggi untuk Mobil, Perayauan dan Wi-Fi.

Anda juga boleh mengatur muat turun automatik secara manual mengikut jenis bual, jenis media dan saiz fail. Aplikasi ini akan ingat pilihan anda sebagai praset Khusus sekiranya anda perlu beralih ke Rendah dan ke belakang buat sementara waktu - atau sebaliknya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Akaun Pelbagai. Aplikasi Telegram mudah alih dan desktop membolehkan anda sentiasa dilog masuk ke 3 akaun berasingan– setiap satu dengan nombor fon masing-masing.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
iOS Kegunaan Storan. Telegram memerlukan kosong ruang ekstra untuk berfungsi di peranti anda. Anda boleh padamkan media kac dari fon anda, dalam masa yang sama menyimpannya di bual anda – sedia untuk dimuat turun pada bila-bila masa.

Sila ke Tetapan > Data dan Storan > Kegunaan Storan dan cuba satu (atau semua 💪) opsyen di bawah:

1) Setkan Hapus Auto untuk memadam media kac selepas tempoh masa tertentu dengan tetapan berasingan untuk Bual Peribadi, Grup dan Saluran – dan pengecualian untuk bual individu.

2) Set untuk saiz kac maxima – jika kac anda mencapai had ini, media yang paling lama akan dikeluarkan.

3) Cari media bersaiz paling besar berserta dengan tab khusus dan carta pai terperinci, dan secara manual padamkan mereka dari kac anda atau pilih bual tertentu yang mengguna terlalu banyak ruang.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Undian dalam Grup dan Saluran. Undian Telegram boleh dibuat tanpa nama, atau mempunyai undian yang dapat dilihat sehingga semua orang dalam grup melihat siapa yang memilih untuk apa.

Undian pelbagai jawapan dapat membantu ketika memutuskan tarikh atau tempat untuk sesuatu acara.

Undian dengan mod Kuiz yang diaktifkan mempunyai jawapan yang betul dan dapat mengawal apa sahaja dari permainan trivia hingga peperiksaan perkhidmatan awam.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Disemat. Semua bual Telegram menyokong pelbagai mesej yang disemat, jadi maklumat penting sentiasa dapat dicapai. Tekan bar atas untuk melompat antara mesej atau tekan butang di sebelah kanan untuk melihat semua sematan pada halaman yang berasingan.

Semasa menyemat mesej dalam grup, anda mempunyai pilihan untuk mengirim notifikasi kepada semua ahli grup, walaupun bual mereka disenyap.