Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suis Mod Malam Pantas. Di Android, buka menu tepi ≡ dan tekan pada ikon 🌙/☀️ untuk tukar di antara tema Siang dan Malam anda. Di iOS, sila ke Tetapan > Keterampilan > Mod Malam.

Anda juga boleh set tema anda untuk bertukar secara automatik secara berjadual, dengan masa tempatan matahari naik/benam, atau mengikuti tetapan sistem anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Khusus. Anda boleh mencari kertas dinding untuk web, menambah kesan dan kemudian berkongsi latar belakang anda dengan rakan melalui link.

Latar belakang Telegram menyokong pergerakan dan kesan kabur. Anda juga dapat setkan warna apa pun sebagai latar belakang anda, menerapkan corak dan mengubah intensitinya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berbilang perkongsian dari Aplikasi Lain. Media dan link dari mana-mana aplikasi boleh secara pantas dikongsi dengan beberapa bual Telegram.

Selepas menekan ✉️ butang Kongsi, anda boleh tukar akaun, cari untuk bual dan tambah komen sebelum mengirim.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memajukan Tanpa Nama. Di Tetapan Privasi anda, anda mampu kawal siapa yang boleh majukan mesej anda dengan memilih kategori seperti ‘Kenalan Saya’ atau menambah pengecualian.

Bila mesej dimajukan oleh seseorang yang anda benarkan, ia akan mengandungi link ke akaun anda – membuka profil anda bila ditekan. Mesej yang dimajukan oleh orang lain tidak boleh dilink balik ke akaun anda.

Bila memajukan mesej, anda boleh menyembunyi nama pengirim dan kapsyen media.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aksi Pukal. Beberapa bual boleh disemat, disenyapkan, diarkib atau dihapus dengan satu tekanan.

Tekan lama pada bual dalam senarai bual anda untuk buat pilihan, kemudian tekan mana-mana yang lain yang anda ingin rangkumi. Anda juga boleh heret bual disemat untuk tukar susunan mereka.

Di Android, menumempunyai banyak lagi opsyen seperti tanda sebagai telah dibaca atau tambah ke folder.

Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri bahagian atas senarai bual anda.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembilang Lencana – Tetapan. Di paras asal, lencana memaparkan bilangan mesej yang belum dibaca.

Di Tetapan > Notifikasi dan Bunyi anda boleh menetapkan pembilang untuk mengecualikan saluran atau tunjuk hanya bilangan bual yang belum dibaca.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lokasi Langsung. Anda boleh kongsi lokasi anda dari menu 📎 lampiran dalam mana-mana bual.

Berkongsi lokasi langsung anda membolehkan kenalan jejaki perjalanan anda untuk tempoh masa tertentu dan set amaran berjaga-jaga bila anda sudah hampir tiba.

Bila berkongsi lokasi anda ianya boleh ternampak oleh bual yang anda kirim – dan anda boleh hentikan perkongsian pada bila-bila masa.

Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tetapan Arkib. Di paras asal, bual dibunyi yang anda kirim ke arkib anda berada di sana untuk tempoh sementara – sehingga mereka terima mesej baru.

Dalam tetapan arkib anda, anda boleh set bual dibunyi untuk sentiasa berada di sana – sama seperti bual disenyap.

Sebagai tambahan, tetapan arkib anda membolehkan anda urus bagaimana bual dalam folder bertindak, dan juga bual dari pengguna tak dikenali.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lihat hasil carian sebagai Senarai. Fungsi Carian membolehkan anda melompat antara mesej yang mengandungi kata kunci dengan mudah - atau dihantar oleh orang tertentu, atau dari hari tertentu. Tekan nombor di bar bawah untuk membuka paparan senarai dan melihat semua hasil dalam satu halaman.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penapis Carian. Untuk mencari foto, video atau dokumen tertentu dengan pantas, tekan tab di Carian Global.

Ini membolehkan anda menyempurnakan hasil carian mengikut kata kunci, sumber, jenis media dan jangka masa.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Set pintasan Tolak-untuk-Cakap di aplikasi Desktop Telegram untuk menukar mikrofon anda dengan kunci pilihan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sistem menyeluruh Wijet tersedia untuk pengguna Android yang memungkinkan mereka kendalikan mikrofon mereka walaupun Telegram berada di latar belakang.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Suara. Grup Telegram juga menyokong suara persisten dan bual video, di mana ahli boleh sertai atau keluar pada bila-bila masa.

Selepas menyertai, anda bebas bergerak dalam aplikasi dan melayari bual lain – kawalan mikrofon sentiasa berada di skrin untuk anda dengan pantas senyapkan atau bunyikan.

Untuk kongsikan kamera anda atau skrin, hanya tekan ikon kamera.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panggilan Video. Mulakan panggilan video satu lawan satu dengan pengguna dari halaman profil mereka untuk komunikasi bersemuka.

Anda boleh menghidupkan atau mematikan video anda pada bila-bila masa, dan bebas melakukan banyak tugas dalam bual lain - panggilan video menyokong mod Gambar-dalam-Gambar.

Semua panggilan suara dan video dilindungi dengan enkripsi dari awal ke akhir. Untuk mengesahkan hubungan anda, bandingkan empat emoji yang ditunjukkan di skrin. Sekiranya sesuai dengan pasangan anda, panggilan anda adalah 100% selamat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video Profil. Anda boleh memuat naik foto dan video ke profil anda, menunjukkan semua bahagian penampilan terbaik anda.

Pilih video dari galeri anda, sunting atau hiasinya dengan alatan dalaman, kemudian seret garis masa untuk memilih bingkai gambar statik anda dalam bual.

Profil video akan berputar bila seseorang membuka profil anda – kecuali untuk pengguna Premium, di mana video akan beranimasi di sepanjang aplikasi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Profil. Menekan kepala bual akan membuka profil pengguna. Di sana anda boleh lihat gambar profil mereka dan bio, buat panggilan suara atau panggilan video – dan akses media dikongsi.

Dari profil pengguna, anda boleh tukar tetapan notifikasi dan hapus auto, set tema unik untuk bual dan lagi.

Grup dan Saluran mempunyai profil juga – mereka dikenali sebagai laman info.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cap waktu. Sekiranya anda tambah cap waktu seperti 0:05 pada kapsyen video, ia akan diserlahkan secara automatik sebagai link. Tekan cap waktu akan memainkan video dari tempat yang betul. Ini juga berfungsi jika anda menyeru cap waktu semasa membalas video.

Cap waktu disokong pada video Telegram dan mesej dengan link YouTube, sekiranya anda ingin menandakan momen kegemaran anda ketika berkongsi episod Senario.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelajuan Main Balik Audio. Tekan untuk dayakan kelajuan main balik 2x untuk mesej suara, podkas dan fail audio panjang. Tekan dan tahan butang 2x untuk pilih kelajuan lain seperti 0.5x dan 1.5x.

Jangan risau jika anda tidak habis mendengar - kemajuan anda disimpan secara automatik untuk kemudian.

Kelajuan main balik pelbagai juga ada untuk video di pemain media dan mesej video.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pilihan Separa. Mana-mana bahagian mesej boleh dipilih secara khusus dan disalin – memudahkan pengguna untuk mencari dan berkongsi.

Di Android, tekan lama untuk pilih mesej, kemudian tekan lama sekali lagi untuk pilih teks.

Di sini bagaimana ia kelihatan pada iOS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Media Editor: Media Editor: Emoji Tersuai. Setiap pengguna boleh hiaskan foto dan video dengan emoji tersuai dan stiker Premium – walaupun jika meraka tidak mempunyai Telegram Premium.

Emoji tersuai adalah percuma untuk digunakan oleh semua dalam Mesej Disimpan mereka, menambah emosi ekstra atau ikon unik pada nota dan peringatan.

Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.