Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Format Teks di Kapsyen. Tambah penekanan, link dan lagi bukan sahaja di mesej, tetapi juga dalam kapsyen untuk foto dan video.

Teks yang anda taip di bar mesej akan terus ditukar () ke kapsyen bila anda lampirkan media – dan kekalkan pemformatannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Disahkan. Orang kenamaan dan organisasi boleh sahkan saluran atau grup awam atau bot mereka di mana pengguna boleh yakin yang bual adalah rasmi.

Bual disahkan datang dengan lencana khas di senarai bual , kepala bual dan juga pada laman info pengguna .

Mesej rasmi dari Telegram, seperti notifikasi servis dan kod log masuk hanya dikirim dari akaun disahkan kami.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Peluncur Kualiti. Ubah resolusi dan saiz video sebelum mengirimnya untuk jimatkan kegunaan data mudah alih atau untuk lebih mudah dimuat turun.

Anda boleh juga kirim foto dan video tanpa kemampatan, dengan kualiti dan saiz asal.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Alatan Pentadbir. Pentadbir di grup boleh diberi kuasa peribadi dan gelaran tersuai untuk memberi tugas dan tanggungjawab unik.

Memberi semua kuasa kepada pentadbir membolehkan anda pindah milik grup.

Mendayakan ‘Terus Tanpa Nama’ membuatkan pentadbir tak dapat dilihat – mesej mereka akan tampil dengan nama dan foto profil grup.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Muat Turun Automatik Media. Di Tetapan > Data dan Storan, anda boleh kawal bila Telegram muat turun media – berdasarkan penghubung, format media, jenis bual dan saiz fail.

Praset opsyen untuk Tinggi, Sederhana dan Rendah, memberi opsyen pantas untuk jimat data, di mana anda boleh ubah ke tetapan tersuai.

Untuk jimat ruang storan, cuba ubah Kegunaan Storan anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Peringatan Lokasi Langsung. Bila anda dan teman anda kedua-duanya sedang berkongsi Lokasi Langsung, anda boleh tekan untuk mendapat notifikasi bila mereka sudah hampir – dalam sekitar jarak 1 meter hingga 99 batu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sunting dan Kirim Balik Media. Tambah lukisan dengan segera, teks dan stiker ke media dikirim tanpa menyimpannya ke galeri anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej video. Tekan sekali pada butang pesanan suara untuk beralih ke mod video. Leret ke atas untuk kunci rakaman (juga berfungsi untuk mesej suara).

Mesej video dimainkan dalam mod Gambar-dalam-Gambar sehingga anda dapat terus bergerak di sekitar aplikasi sambil menontonnya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tema Tersuai. Tukar keterampilan aplikasi anda mengikut kesukaan anda – samada ianya latar belakang berinteraksi dengan warna kesukaan anda, atau tema gelap mudah dan tulus.

Sila ke Tetapan > Tetapan Bual di Android atau Keterampilan di iOS untuk tukar dan perhalusi tema anda, dengan opsyen warna untuk latar belakang anda dan belon mesej, dan juga untuk beberapa corak.

Semua tema boleh dikongsi, agar anda boleh kirim link tema rekaan anda kepada rakan anda. Untuk penyesuaian yang lebih lagi, anda boleh set tema berlainan untuk setiap bual.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kuiz dan Ujian Pembelajaran. Dayakan mod kuiz untuk undian di grup dan saluran untuk menguji pengetahuan trivia atau bersedia untuk peperiksaan.

Kuiz mempunyai satu jawapan betul dan membenarkan keterangan yang memberi lebih informasi. Di grup, anda boleh lihat bagaimana setiap pengguna menjawab dengan mengenyahdaya ‘Mengundi Tanpa Pengenalan’.

Anda boleh guna @QuizBot untuk membina ujian pembelajaran penuh (https://yangx.top/tgorg/tour/quizbot) dengan soalan objektif (aneka pilihan), media dan banyak lagi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mencipta undian. Undian boleh dibuat di grup atau saluran (mereka merasa kesepian dalam bual satu lawan satu). Hanya perlu pilih opsyen "Undian" di menu lampiran. Taipkan soalan anda, tambahkan opsyen jawapan, pilih tetapan yang paling sesuai dengan tujuan anda - dan anda sudah bersedia.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Statistik Saluran. Pemilik saluran dengan lebih daripada 50 pelanggan mempunyai akses ke statistik terperinci dan grafik bermaklumat mengenai pertumbuhan pelanggan dan prestasi pos.

Statistik juga ada untuk grup gergasi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Senarai Pratonton Bual. Anda boleh tekan lama untuk dengan pantas lihat pratonton senarai bual akaun anda yang lain.

Di Android buka menu tepi, dan tarik ke atas tetingkap pratonton untuk tukar akaun dengan segera.

Di iOS, tekan lama salah satu dari akaun anda di Tetapan untuk pratonton.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sudut Mesej. Anda boleh menjadikan sudut buih mesej berbentuk paling licin atau dengan telunjuk cantik di Tetapan > Tetapan Bual pada Android atau Tetapan > Keterampilan pada iOS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suis Mod Malam Pantas. Di Android, buka menu tepi ≡ dan tekan pada ikon 🌙/☀️ untuk tukar di antara tema Siang dan Malam anda. Di iOS, sila ke Tetapan > Keterampilan > Mod Malam.

Anda juga boleh set tema anda untuk bertukar secara automatik secara berjadual, dengan masa tempatan matahari naik/benam, atau mengikuti tetapan sistem anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Khusus. Anda boleh mencari kertas dinding untuk web, menambah kesan dan kemudian berkongsi latar belakang anda dengan rakan melalui link.

Latar belakang Telegram menyokong pergerakan dan kesan kabur. Anda juga dapat setkan warna apa pun sebagai latar belakang anda, menerapkan corak dan mengubah intensitinya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berbilang perkongsian dari Aplikasi Lain. Media dan link dari mana-mana aplikasi boleh secara pantas dikongsi dengan beberapa bual Telegram.

Selepas menekan ✉️ butang Kongsi, anda boleh tukar akaun, cari untuk bual dan tambah komen sebelum mengirim.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memajukan Tanpa Nama. Di Tetapan Privasi anda, anda mampu kawal siapa yang boleh majukan mesej anda dengan memilih kategori seperti ‘Kenalan Saya’ atau menambah pengecualian.

Bila mesej dimajukan oleh seseorang yang anda benarkan, ia akan mengandungi link ke akaun anda – membuka profil anda bila ditekan. Mesej yang dimajukan oleh orang lain tidak boleh dilink balik ke akaun anda.

Bila memajukan mesej, anda boleh menyembunyi nama pengirim dan kapsyen media.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aksi Pukal. Beberapa bual boleh disemat, disenyapkan, diarkib atau dihapus dengan satu tekanan.

Tekan lama pada bual dalam senarai bual anda untuk buat pilihan, kemudian tekan mana-mana yang lain yang anda ingin rangkumi. Anda juga boleh heret bual disemat untuk tukar susunan mereka.

Di Android, menumempunyai banyak lagi opsyen seperti tanda sebagai telah dibaca atau tambah ke folder.

Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri bahagian atas senarai bual anda.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembilang Lencana – Tetapan. Di paras asal, lencana memaparkan bilangan mesej yang belum dibaca.

Di Tetapan > Notifikasi dan Bunyi anda boleh menetapkan pembilang untuk mengecualikan saluran atau tunjuk hanya bilangan bual yang belum dibaca.