Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gambar-dalam-Gambar. Teruskan menonton video sementara anda sedang layari lain-lain bual mahupun aplikasi lain.

Tekan atau klik ikon GdG (PiP) di pemaparan media pada mana-mana aplikasi untuk tukar ke mod gambar-dalam-gambar, dan cubit atau tarik untuk gerakkan dan tukar saiz tingkap pemain. Untuk tutup jendela, tarik keluar dari skrin atau tekan ⓧ.

Di iOS, tarik pemain ke tepi skrin anda untuk sorok video dan terus mendengar audionya.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Telegram kini mempunyai lebih dari 700 juta pengguna dan merupakan satu dari lima aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pencapaian ini dan ciri-ciri Telegram, sila ke blog kami.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Telegram Premium membolehkan pengguna membantu menyokong aplikasi dan membuka pintu kepada ciri eksklusif seperti:

⭐️ Muat Naik 4 GB
⭐️ Kelajuan Muat Turun Lebih Pantas
⭐️ Transkripsi Mesej Suara
⭐️ Transkripsi Mesej Video
⭐️ Stiker Premium
⭐️ Reaksi Premium
⭐️ Folder Bual Paras Asal
⭐️ Auto Arkib Bual
⭐️ Gambar Profil Beranimasi
⭐️ Lencana Profil
⭐️ Tiada Iklan
⭐️ Ikon Premium
⭐️ Had Dua Kali Ganda
⭐️ Emoji Tersuai
⭐️ Hadkan Mesej Suara
⭐️ Hadiahkan Telegram Premium
⭐️ Status Emoji
⭐️ Transkripsi Mesej Video
⭐️ Terjemahan Langsung
⭐️ Warna Akaun
⭐️ Warna Profil
⭐️ Kertas Dinding untuk Kedua Pihak
⭐️ Terakhir Dilihat dan Waktu Dibaca Satu Hala
⭐️ Permisi Mesej Peribadi
⭐️ Tag untuk Mesej Disimpan

Semua ciri sedia ada akan terus percuma, dan ciri baru untuk semua pengguna akan terus diperkenalkan di setiap kemaskini.

Untuk melihat senarai penuh ciri @ Premium, pergi ke Tetapan > Telegram Premium.

#SenaraiTelegramPremium

Maklumat lanjut – sila wawarkan:

Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ 4 GB Muat Naik. Pelanggan Telegram Premium boleh kirim media dan fail setiap satu bersaiz hingga 4 GB – di mana semua pengguna boleh memuat turun.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Muat Turun Lebih Laju. Telegram Premium membuka pintu kepada kelajuan muat turun selaju mungkin – memuat media dan menyimpan fail secepat yang dibenarkan oleh rangkaian anda.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Transkipsi Mesej Suara. Pengguna Premium boleh tekan pada butang →A untuk dengan pantas baca mesej suara atau salin teks dari audio.

Anda juga boleh nilai paparan tulisan untuk tolong menambah baik ketepatan – tekan lama pada iOS atau tekan pada mesej suara di Android.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Stiker Premium. Pelanggan Premium boleh kirim berdozen stiker dengan kesan skrin penuh – yang boleh dilihat oleh semua pengguna.

Lagi stiker premium dari juruprogram dan artis Telegram diperkenalkan pada setiap bulan.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Reaksi Premium. Guna mana-mana emoji sebagai reaksi dengan Telegram Premium – termasuk beribu opsyen emoji tersuai.

Selepas pengguna Premium memberi reaksi dengan emoji eksklusif, mana-mana pengguna boleh tekan untuk tambah pembilang untuk emoji tersebut.

Pengguna Premium boleh memberi reaksi dengan sehingga 3 emoji pada setiap mesej menjadikan kombinasi tidak terhad.


Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Folder Bual Paras Asal. Dengan Telegram Premium, anda boleh tukar folder paras asal anda dari Semua Bual ke folder pilihan anda, seperti Kerja atau Belum Dibaca.

Untuk menukarnya, tekan lama pada folder, tekan Susun, kemudian heret folder baru ke ruang paling awal.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Te Auto Arkib dan Senyap. Pengguna Premium boleh set bual baru dari bukan kenalan untuk secara automatik pergi ke Bual Diarkib dengan notifikasi akan dinyahdaya.

Dayakan tetapan ini melalui Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Arkib dan Senyap. Opsyen ini juga terpapar untuk pengguna percuma yang mempunyai banyak bual dengan bukan kenalan.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Gambar Profil Beranimasi. Profil Video bagi pengguna Premium akan beranimasi di sepanjang aplikasi – termasuk dalam bual dan senarai bual.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Lencana Profil. Pengguna Premium mempunyai lencana istimewa yang akan terpapar di sebelah nama mereka di senarai bual, kepala bual, senarai ahli dalam grup, dan pada profil mereka.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Tiada Iklan di Saluran Awam. Mesej ditaja dipaparkan dalam setengah saluran awam besar. Iklan yang mementingkan privasi ini membantu menyokong kos Telegram, tetapi akan tersembunyi untuk pelanggan Premium.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Te Ikon Premium. Pengguna Premium mempunyai 3 lagi ikon untuk dipilih – bintang premium, kapal terbang turbo, dan langit malam.

Semua pengguna Android dan iOS mempunya beberapa opsyen ikon paras asal, seperti Vintag dan Aqua di Tetapan > Tetapan Bual (Android) atau Tetapan > Penampilan (iOS).

Untuk semua pengguna Android 13, ikon Paras Asal menjadi tematik, bertukar secara automatik untuk samakan warna tema sistem anda

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
⭐️ Dua Kali Ganda Had. Dengan Telegram Premium, anda memperolehi penambahan had untuk hampir semua dalam aplikasi.

Ikuti 1,000 saluran, cipta 20 folder dengan 200 bual setiap satu, tambah akaun ke empat pada mana-mana aplikasi, semat 10 bual di senarai utama, simpan 10 stiker kegemaran – dan banyak lagi.

Kembali ke ringkasan Ciri Premium.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Pratonton. Tekan lama pada gambar profil mana-mana bual untuk lihat mesejnya – tanpa menandanya sebagai telah dibaca.

Anda boleh skrol di jendela pratonton untuk melihat sejarah bual, atau guna butang menu untuk semat dengan pantas, senyapkan atau tanda sebagai telah dibaca.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkongsian Luaran. Pengguna boleh secara terus kongsi sebarang media besar ke Telegram dari aplikasi lain – menjimatkan masa dan ruang storan.

Di iOS, anda boleh pantau status muat naik anda dengan bar progres beranimasi.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gambar Profil Beranimasi di macOS. Cipta, video profil bergelung khusus di macOS dari stiker beranimasi dan emoji kegemaran anda – siap dengan latar belakang bergradien dan corak.

Anda boleh tambah satu ke akaun anda, atau cipta untuk grup dan saluran – dengan pantas memberi mana-mana bual ikon tersendiri.

Langgan ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Simpan Auto Media Masuk. Media dari mana-mana bual boleh secara automatik menyimpan ke galeri anda – ditapis mengikut saiz, format dan jenis.

Pengecualian individu boleh ditambah untuk mana-mana bual untuk tukar parameter mereka dan memastikan tiada yang tidak perlu disimpan.

Untuk dayakan tetapan ini, sila ke Tetapan > Data dan Storan dan cari untuk Simpan ke Galeri di Android atau Simpan ke Foto di iOS.


Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GIF. Telegram mempunyai beribu GIF berkualiti tinggi – menampilkan adegan dari filem dan rancangan kegemaran anda.

Buka seksyen GIF di Panel Stiker anda untuk melihat sesuatu yang bertren, cari sesuatu yang spesifik atau layari tab bertema untuk cari satu yang sepadan dengan emosi.

Hanya tekan untuk kirim, atau tekan lama untuk pratonton imej penuh – dan tambahnya ke GIF tersimpan anda atau jadualkannya untuk suatu masa kemudian.

Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.