Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Mesej. Pengguna Telegram boleh hapus mesej untuk setiap orang pada bila-bila masa, tanpa meninggal jejak.

Dalam bual 1-dengan-1, anda boleh hapus mana-mana mesej – termasuk yang dikirim oleh rakan bual anda, anda sentiasa boleh hapus mesej anda.

Anda juga boleh hapus log panggilan dan keseluruhan bual bagi semua peserta. Untuk secara automatik mengeluarkan mesej menurut tempoh tertentu, dayakan hapus auto dalam mana-mana bual atau untuk akaun anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sunting Mesej. Betulkan kesilapan dengan pantas atau lakukan format tambahan dan informasi ke mesej yang anda telah kirim. Setelah pertukaran dilakukan, tanda disunting akan dipaparkan di belon mesej.

Anda juga boleh sunting media yang telah dikirim untuk tukar, krop atau betulkan foto dan video.
Tema Awan disegerakkan di seluruh peranti anda dan mempunyai link yang unik dan boleh dikongsi. Semua orang boleh menciptanya di Penyunting Tema kami.

Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan ke masa lampau, pereka kami mengumpulkan penghormatan ini kepada aplikasi yang sebelum ini adalah bebas: https://yangx.top/addtheme/RetroGreen
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tukar Warna. Anda boleh memilih daripada berpuluh skema warna dalam Tetapan Bual (Tetapan Penampilan di iOS).

Untuk kebebasan seni cuba Penyunting Tema penuh - atau cari link ke tema yang dicipta oleh orang lain.
Telegram dibina untuk melindungi privasi dan mencipta semula apa pemesejan boleh lakukan. Beratus ciri unik diterangkan di saluran ini, namun di bawah ini adalah sebahagian dari kegemaran kami:

Menyunting Mesej dan media
Memindah sejarah bual dari aplikasi lain
Mengirim media dan fail sehingga 2 GB
Menghapus mesej dan lagi tanpa meninggal kesan
Aplikasi asli untuk desktop, browser dan tablet
Akaun pelbagai dan Folder Bual
Nama Samaran dan bukannya nombor fon
Tetapan Privasi Terperinci
Grup Bual dengan 200,000 ahli atau lebih
Alatan Pentadbir dan statistik untuk pemilik grup
Saluran untuk komunikasi satu-ke-ramai
Bual Video di Grup
Strim Langsung di Saluran
• 20,000+ Stiker Beranimasi berkualiti tinggi
Tema Tersuai boleh Dikongsi dan Latar Belakang Beranimasi
Mesej Video
Alatan menyunting lanjutan untuk foto dan video
Bot yang melakukan tugas dan bergabung dengan perkhidmatan lain menggunakan API terbuka kami
Emoji Berinteraktif
Foto menghilang dan video menghilang
Bual berinskripsi awal-ke-akhir Musnah Sendiri
Pilihan sebahagian teks untuk mesej
Mesej Berjadual dan Mesej Senyap
Mesej Disemat dan Undian
Sejarah bual persisten
Mesej Disimpan dan Draf
Panggilan berinskripsi Suara dan Video

Panduan Telegram tersedia dalam beberapa bahasa – lihat senarai di sini.

Wawarkan Panduan Telegram kepada keluarga dan rakan handai dengan salin dan pos atau majukan dari sini.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Status hantaran. Satu tik = mesej dihantar. Dua tik = mesej dibaca.

Anda boleh guna Telegram pada beberapa peranti sekaligus, termasuk komputer dan tablet. Hanya perlu log masuk menggunakan nombor telefon yang sama untuk mengakses semua mesej anda - tanpa menyambungkan ke telefon anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Video. Tekan sekali pada butang Mesej Suara untuk beralih ke video.

Tekan mesej video untuk mainkannya dengan suara.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aplikasi Telegram berdiri sendiri dan disegerak dengan awan - semua mesej dan media anda tersedia di mana sahaja anda pergi.

Mesej yang belum selesai disimpan sebagai Draf Awan, jadi anda boleh sambung menaip dan kirim dari mana-mana peranti. Cuba desktop.telegram.org atau macos.telegram.org di komputer anda untuk pengalaman terbaik.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Disimpan. Setiap pengguna mempunyai bual paras asal untuk tanda mesej mustahak, set peringatan, stor media, atau kirim fail di antara peranti.

Apabila anda majukan mesej, ‘Mesej Disimpan’ akan berada paling atas di senarai -- selepas memaju, tekan butang anak panah untuk tunjukannya di bual asal.

Untuk akses bual di Android dengan pantas, tekan ☰ > Mesej Disimpan. Di iOS tekan Tetapan > Mesej Disimpan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ruang Percuma. Telegram hampir tidak perlu guna ruang untuk berfungsi di peranti anda.

Pergi ke Tetapan > Data dan Storan > Kegunaan Storan untuk pilihan memadam kac anda – atau set Simpan Media untuk keluarkan perkara tak diguna secara berkala. Media dan fail akan sentiasa bersedia untuk dimuat turun bila perlu.

Di Android, anda boleh juga stor data Telegram anda di Kad SD.
Alih Bual Dari Aplikasi Lain

Anda boleh bawa sejarah bual anda dengan semua media dan fail ke Telegram dari aplikasi lain seperti WhatsApp. Line dan KakaoTalk. Dengan mengguna alat eksport natif di aplikasi tersebut, kongsi fail yang dieksport dengan Telegram, dan kemudian pilih bual Telegram di mana anda ingin mesej diimport ditambah.

Untuk ubah bual dari WhatsApp di iOS, buka Info Kenalan atau laman Info Grup di WhatsApp, tekan Eksport Bual, kemudian pilih Telegram di menu Kongsi.

Dari WhatsApp di Android, tekan ⋮ > Lagi > Eksport Bual, kemudian pilih Telegram di menu Kongsi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Undian. Buat tinjauan di saluran anda atau buat keputusan di grup anda dengan membuka menu lampiran 📎 dan pilih ‘Undian’.

Undian adalah sentiasa dalam mod sulit di saluran, namun di grup anda boleh nyahdaya ’Undian Sulit’ untuk menunjuk siapa yang undi untuk apa. Anda juga boleh benarkan jawapan pelbagai atau cipta undian cara kuiz.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Tanpa Jejak. Mesej, bual, sejarah bual dan grup yang anda cipta boleh dihapus kesemuanya pada bila-bila masa.

Buat pilihan anda dan tanda petak untuk hapus untuk semua peserta – perkara yang dihapus tidak akan tinggal jejak, memberi anda kawalan penuh ke atas tapak kaki digital anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Carian Global. Guna medan carian di bahagian atas bual anda untuk cari pengguna dengan nama samaran mereka, dan juga mesej atau media dari semua bual anda.

Carian Global juga akan paparkan saluran dan grup awam yang anda boleh sertai.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nombor fon anda tersembunyi. Secara paras asal, nombor fon hanya boleh dilihat oleh kenalan anda. Di semua bual, anda akan sentiasa dikenali sebagai nama pilihan anda.

Jika anda cipta nama samaran, orang akan dapat cari profil anda dan berhubung dengan anda – tanpa memerlukan mereka mengetahui nombor fon anda. Tetapan privasi anda membolehkan anda untuk lakukan pertukaran lanjut kepada kebolehlihatan anda secara keseluruhan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Automatik. Set pemasa di bual peribadi, grup atau saluran untuk secara automatik menghapus mesej selepas tempoh tertentu – dari 1 hari ke 1 tahun kemudian.

Pemasa hanya mempengaruhi mesej yang dikirim selepas ianya didayakan dan boleh diubah pada bila-bila masa dari ⋮ atau ⋯ di laman info bual. Di grup dan saluran, hanya pentadbir yang boleh dayakan hapus auto.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wijet Skrin Utama. Tambah wijet khusus ke laman utama anda yang akan memaparkan pratonton mesej terbaru, atau untuk cara pantas ke bual anda.

Semua wijet memaparkan pembilang mesej belum dibaca dan membuka bual dengan serta merta bila ditekan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Link Jemputan. Kongsi link istimewa dalam atau luar Telegram bagi memberitahu pengguna lain untuk sertai grup atau saluran anda secara pantas.

Selain dari link kekal, anda boleh cipta pelbagai link dengan ciri khusus – seperti had masa tertentu atau jumlah kegunaan. Mana-mana link jemputan juga boleh ditukar kepada Kod QR.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Diimport. Anda boleh alih bual dari aplikasi lain ke Telegram dan simpan kesemua kenangan anda dalam satu tempat.

Bila mengimport bual, sekiranya destinasi bual di Telegram adalah baru atau kurang dari 1,000 mesej, kesemuanya akan disusun secara rapi mengikut tarikh dan waktu asalnya.