Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bio Pengguna. Di Tetapan, masukkan keterangan peribadi yang akan terpapar sebagai teks bio bila pengguna buka profil anda dari bual.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mainan. Bot boleh berfungsi sebagai platform keseluruhan permainan– menyediakan gelanggang untuk pemain berseorangan atau lebih dari satu membolehkan anda melawan rakan anda dan bertanding untuk markah tertinggi.

Lihat di @GameBot dan @Gamee untuk beberapa contoh.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pentadbir Tanpa Nama. Dayakan Kekal Tanpa Nama untuk menjadikan pentadbir tidak kelihatan. Pentadbir ini tidak boleh dilihat dalam senarai ahli dan mesej mereka dihantar dengan nama dan foto grup dan bukannya sebagai diri mereka.

Pengguna di bual awam juga boleh pos tanpa nama, dengan mengirim mesej sebagai salah satu dari saluran awam mereka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Di Talian. Banyak bot menyokong permintaan di talian – jadi semua orang boleh aksesnya secara pantas dalam mana-mana bual.

Kirim imej, artikel, video, dan GIF dengan menaip @bing, @wiki, @youtube or @gif pada bar mesej, bersama dengan kata carian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Eksport Sejarah Bual. Guna Telegram Desktop untuk lakukan salinan rujukan luar talian untuk satu bual atau keseluruhan akaun anda, termasuk mesej dan media.

Untuk eksport sejarah bual peribadi, di bual klik ⋮ > Eksport Sejarah Bual.

Untuk eksport beberapa bual sekali gus, sila ke Tetapan > Lanjutan > Eksport Data Telegram.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Auto Media Kac. Media kac boleh dihapus secara automatik dari storan tempatan anda – dengan tetapan berlainan untuk Bual Peribadi, Grup dan Saluran.

Seperti tetapan lain, anda boleh tambah pengecualian untuk setiap bual – agar media kac mereka dipadam selepas tempoh masa berlainan atau tidak payah dipadamkan langsung.

Semua media sentiasa ada di bual anda, tersedia untuk dimuat turun pada bila-bila masa. Untuk mengurus tetapan storan anda dan kac media, sila ke Tetapan > Data dan Storan > Kegunaan Storan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak Panah Kongsi Pantas. Dengan cepat memajukan pos dalam saluran ke beberapa bual – dengan opsyen untuk masukkan komen.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Link ke aliran Twitch dapat dimainkan Gambar-dalam-Gambar, jadi anda dapat mengikuti kandungan dan bual dalam talian kegemaran anda pada masa yang sama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Suara. Tekan butang 2X untuk tukar kelajuan main balik, anda, atau leret mesej ke seberang dan lompat ke tempat tertentu.

Tekan lama untuk rekod mesej anda dan lepaskan untuk mengirimnya. Leret ke atas untuk kunci rakaman dan ke mod lepas tangan, yang juga membolehkan anda pratonton mesej. Tekan ikon mikrofon untuk tukar ke rakaman video.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jalan Pendek Senyap. Pilih bual di Android atau leret di iOS untuk daya atau nyahdaya notifikasi dengan cepat. Bual juga boleh disenyapkan dari profil, dan mempunyai opsyen senyap tersuai.

Di Tetapan Bual, pengguna Android boleh juga set aksi tertentu untuk meleret di senarai bual, termasuk senyapkan bual.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Rahsia. Cipta bual satu-dengan-satu dengan kenalan anda yang menggunakan inkripsi awal-ke-akhir dan tidak tersimpan atau disegerak dengan awan – hanya di antara dua peranti yang mengambil bahagian di peringkat tempatan.

Bual Rahsia bergantung kepada peranti dan sesi tertentu, bermaksud mereka tidak akan wujud di peranti pengguna yang lain, dan akan dibatalkan jika salah seorang dari peserta log keluar.

Bual sebegini tidak membenarkan mesej dimajukan dan mempunyai ciri privasi tambahan – seperti pemasa musnah sendiri yang menghapus mesej selepas ianya dibaca, dan juga amaran pengambilan gambar skrin di iOS dan penghalangan di Android. Anda boleh mengenali Bual Rahsia dari ikon 🔒di bahagian kepala dan pada senarai bual.

Inkripsi awal-ke-akhir disediakan oleh protokol MTProto 2.0 Telegram, yang telah dipastikan secara adil oleh beribu pengkaji.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemain Audio. Kongsi fail muzik dan audio, masing-masing berukuran hingga 2 GB. Mengirim beberapa trek dalam satu mesej akan mencipta senarai main - menekan satu lagu akan menambahkan semuanya ke dalam barisan anda.

Bar pemain menunjukkan apa yang dimainkan dan membolehkan anda henti sekejap dan sambung semula dengan cepat dari mana sahaja di aplikasi. Tekan bar pemain untuk membuka pemain audio penuh.

Dalam pemain audio, anda boleh tekan dan tahan butang Seterus dan Sebelum untuk maju cepat atau mundur. Podkas dan trek audio panjang menyokong main balik 2X. Tekan nama artis untuk melihat senarai lagu mereka dari semua bual anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Muat Naik / Muat Turun - Progres. Perhatikan bila fail dimuat naik atau dimuat turun dalam bual, atau buka pengurus muat turun untuk semak fail dari semua bual anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saiz Skala Teks. Besarkan atau kecilkan saiz teks mesej di Tetapan > Tetapan Bual di Android atau Tetapan > Penampilan di iOS.

Di iOS, pengguna boleh segerak semua teks kepada tetapan Sistem mereka, atau set saiz font berasingan untuk bual dan menu.

Langgani ‘Panduan Telegram’ di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Format Teks di Kapsyen. Tambah penekanan, link dan lagi bukan sahaja di mesej, tetapi juga dalam kapsyen untuk foto dan video.

Teks yang anda taip di bar mesej akan terus ditukar () ke kapsyen bila anda lampirkan media – dan kekalkan pemformatannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Disahkan. Orang kenamaan dan organisasi boleh sahkan saluran atau grup awam atau bot mereka di mana pengguna boleh yakin yang bual adalah rasmi.

Bual disahkan datang dengan lencana khas di senarai bual , kepala bual dan juga pada laman info pengguna .

Mesej rasmi dari Telegram, seperti notifikasi servis dan kod log masuk hanya dikirim dari akaun disahkan kami.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Peluncur Kualiti. Ubah resolusi dan saiz video sebelum mengirimnya untuk jimatkan kegunaan data mudah alih atau untuk lebih mudah dimuat turun.

Anda boleh juga kirim foto dan video tanpa kemampatan, dengan kualiti dan saiz asal.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Alatan Pentadbir. Pentadbir di grup boleh diberi kuasa peribadi dan gelaran tersuai untuk memberi tugas dan tanggungjawab unik.

Memberi semua kuasa kepada pentadbir membolehkan anda pindah milik grup.

Mendayakan ‘Terus Tanpa Nama’ membuatkan pentadbir tak dapat dilihat – mesej mereka akan tampil dengan nama dan foto profil grup.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Muat Turun Automatik Media. Di Tetapan > Data dan Storan, anda boleh kawal bila Telegram muat turun media – berdasarkan penghubung, format media, jenis bual dan saiz fail.

Praset opsyen untuk Tinggi, Sederhana dan Rendah, memberi opsyen pantas untuk jimat data, di mana anda boleh ubah ke tetapan tersuai.

Untuk jimat ruang storan, cuba ubah Kegunaan Storan anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Peringatan Lokasi Langsung. Bila anda dan teman anda kedua-duanya sedang berkongsi Lokasi Langsung, anda boleh tekan untuk mendapat notifikasi bila mereka sudah hampir – dalam sekitar jarak 1 meter hingga 99 batu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sunting dan Kirim Balik Media. Tambah lukisan dengan segera, teks dan stiker ke media dikirim tanpa menyimpannya ke galeri anda.