Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sokongan pelbagai peranti. Gunakan akaun Telegram anda di setiap platform - bual dan media anda disandarkan di awan, disegerakkan di semua peranti anda dan muncul serta-merta bila anda log masuk.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Verifikasi Dua Langkah. Tambahkan lapisan sekuriti ke akaun anda dengan kata laluan. Apabila didayakan, ia akan diperlukan setiap kali anda log masuk, bersama dengan kod yang dihantar ke peranti anda.

Jika anda lupa kata laluan anda, anda hanya boleh set semula menggunakan emel pemulihan yang anda masukkan ketika melakukan tetapan.

Walaubagaimanapun, jika anda masih log masuk di akaun anda dan tak dapat akses ke emel tersebut, anda boleh pohon untuk set semula kata laluan, di mana kata laluan anda akan dihapus selepas 7 hari – namun boleh dibatalkan dari mana-mana peranti anda.

Sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Verifikasi Dua Langkah untuk tambah atau tukar kata laluan anda.

Anda juga boleh dayakan kunci Kod Laluan tempatan – kod PIN yang diperlukan untuk buka aplikasi dan lihat bual anda.

Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pangkat Pentadbir. Kesemua pentadbir grup boleh diberi pangkat unik – memapar peranan mereka, tanggungjawab mereka dan lagi.

Pangkat terpapar di bahagian atas mesej, dan juga pada nama pentadbir di senarai ahli – menjadikan mereka mudah untuk dikenali.

Untuk menukar pangkat pentadbir, buka kuasa pentadbir dari laman info grup dan skrol ke bawah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sokongan Telegram. Hubungi pasukan sokongan sukarelawan kami pada bila-bila masa dari ‘Tanya Soalan’ di halaman Tetapan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Tambah Baik. Kecerahan dan banyak parameter lain secara automatik ditukar untuk mencipta foto dan video bersemangat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Tambahkan ilustrasi ke item media anda dengan beberapa gaya alat lukisan. Gerak ke kiri dan kanan pada slaid untuk memilih warna, kemudian geser ke atas dan ke bawah untuk menukar ukuran berus.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Buat semula. Butang buat semula ⬅️ membolehkan anda keluarkan baris terakhir, stiker atau teks yang anda letakkan di Editor Media.

Alat pemadam mempunyai berus dengan saiz boleh diubah – untuk memadam kesilapan kecil atau memadam lukisan besar.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Pembetulan. Sesuaikan 10 parameter yang berbeza di penyunting media – seperti kecerahan, ketepuan dan kontra untuk kedua-dua foto dan video.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Alat Tilt Shift menambah kesan kabur pada foto. Pilih antara orientasi bulat dan linear, kemudian tekan untuk mengubah ukuran, sebaran atau sudut.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Album media. Kirim pelbagai item media untuk membuat album padat, kemudian tekan untuk membalik foto dan video skrin penuh.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Tanpa Mampat. Kirim secara pantas foto atau video terbaru dengan resolusi penuh dengan menekan ‘Kirim sebagai Fail’ selepas memilih media di menu lampiran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: GIF Tersuai. Menekan butang 🔊 akan senyapkan bunyi video dan menukarnya ke GIF – yang akan main auto dan ulang dalam bual.

GIF tersuai anda juga akan terpapar di panel GIF anda agar anda boleh kongsi mereka sekerap mungkin.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kod QR Log Masuk. Secara pantas log masuk ke aplikasi Telegram Desktop dan Web dengan peranti mobil anda dari laman Peranti.

Semua aplikasi Telegram berfungsi secara sendiri – setelah anda log masuk, anda tidak perlu letak fon anda berdekatan atau dihubungi ke internet.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panel Stiker mempunyai lebih daripada 20,000 stiker percuma dari artis profesional. Anda boleh melihat apa yang sedang bertren, cari untuk sesuatu yang spesifik - atau taip satu emoji untuk dapatkan cadangan segera.

Stiker Beranimasi berjalan pada 60 bingkai sesaat. Ianya menggunakan bateri lebih sedikit daripada GIF dan 6 kali lebih kecil daripada saiz foto biasa.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Alu-aluan. Dalam bual yang tiada mesej, seperti kenalan yang baru sertai, anda boleh tekan untuk kirim cadangan stiker dan memberi ucapan helo.

Pengguna Telegram Bisnes boleh set halaman mula khusus – dengan mengguna teks dan ucapan aluan sendiri.

Maklumat lanjut – sila wawarkan:
Berita Telegram Panduan Telegram Telegram Premium
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyunting Media: Gunakan Pelembut Kulit untuk memberikan cahaya elvis kepada kerdil yang paling kasar 😇
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Media Ketika Di Talian. Di penyunting media, foto dan video boleh diset untuk mengirim sebaik penerima anda berada di talian.

Opsyen ini hanya terpapar jika pengguna benarkan anda melihat masa Terakhir Dilihat mereka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tanda Masa YouTube. Menulis kod masa seperti 0:02 di mesej atau membalas akan buka link YouTube dan video Telegram tepat pada saat tersebut.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mod Perlahan. Pentadbir grup boleh dayakan mod perlahan dalam bual – mengeset pemasa untuk berapa kerap setiap ahli boleh kirim mesej.

Pentadbir tidak terkesan dengan pemasa, dan mod perlahan boleh diubah pada bila bila-bila masa dari laman Permisi grup.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Format Teks. Pilih teks dalam mesej atau kapsyen untuk tambah link haiper dan tukar formatnya – atau guna jalan pintas format seperti tebal condong spoiler dan potong

Di Desktop, anda boleh juga guna ‘satu sengkang‘ dan jalan pintas
kod

.

Pada peranti MIUI, tekan di penjuru atas untuk tunjuk opsyen format.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pindah Hak Milik. Tukar hak milik grup atau saluran anda kepada seorang pentadbir dengan mendayakan semua hak.

(Tanpa Nama boleh didayakan atau tidak)