Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Beranimasi. Semua tema paras asal mempunyai kertas dinding beranimasi dijana secara algoritma – dengan warna berputar yang bergerak bila anda kirim mesej.

Anda boleh pilih dari beberapa latar belakang yang sedia diset oleh pereka kami, atau cipta anda punya di editor tema.

Untuk melihat semua opsyen paras asal, sila ke Tetapan Bual > Tukar Latar Belakang di Android atau Penampilan > Latar Belakang Bual di iOS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkongsian Skrin dalam Panggilan Video Grup. Dalam panggilan video grup anda boleh siarkan video dari skrin anda atau kamera – atau kedua-duanya dalam masa yang sama. Di desktop, anda juga boleh pilih program tertentu untuk disiarkan.

Video dari skrin anda termasuk audio, dan perkongsian skrin juga terdapat di panggilan video 1-dengan-1.

Untuk kongsi skrin anda, tekan ⋮ atau ⋯ dalam mana-mana aplikasi dan pilih dari menu.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menu Bot. Di bual yang mempunyai bot, kirim arahan menggunakan butang menu – ianya menyenarai beberapa opsyen dengan keterangan ringkas agar anda dapat mula mengguna bot.

Juruprogram bot boleh mencipta arahan khusus yang bertukar mengikut bahasa interfes pengguna, jenis bual atau status pentadbir.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Latar Belakang Khusus Beranimasi. Pilih mana-mana 3 atau 4 warna untuk reka latar belakang bual yang dijana dengan menggunakan algorithma.

Seperti tema khusus, anda boleh kongsi latar belakang beranimasi anda dengan pengguna lain untuk memberi bual mereka gaya baru.

Untuk pilih latar belakang yang telah diset atau lakukan rekaan anda sendiri, sila ke Tetapan Bual > Tukar Latar Belakang di Android atau Penampilan > Latar Belakang Bual di iOS.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Video. Ucapkan salam dan kongsi dengan pantas detik-detik istimewa dengan video pendek beresolusi tinggi - tanpa membuka kamera aplikasi anda.

Tekan pada mesej video untuk besarkannya dan buka suara, dan tekan padanya sekali lagi untuk majukan ke depan atau putar ke belakang secara pantas

Audio dari peranti anda akan terus bermain sementara anda merakam, dan anda boleh picit untuk zum masuk bila merakam dengan kamera belakang. Untuk mula merakam, sila tekan ikon mikrofon di bar mesej untuk tukar ke video.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berkongsi Skrin di Panggilan Video. Ketika melakukan panggilan video, anda boleh kongsi perisian kamera anda atau video dari skrin anda – sekali dengan bunyi.

Dalam panggilan video grup, anda boleh kongsi kedua-dua kamera dan skrin anda dalam masa yang sama.

Untuk kongsi skrin anda. Sila tekan pada butang video dan pilih skrin anda sebagai punca video.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelajuan Main Balik Video. Anda boleh tonton video di pemain media dengan kelajuan 0.5x, 1x, 1.5x atau 2x.

Pelbagai kelajuan main balik juga ada untuk audio – termasuk mesej suara dan podkas.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lukisan Tepat. Bila menghias foto atau video di penyunting media, berus anda akan secara automatik mengecil bila anda zum masuk – memudahkan bila melukis perincian.

Untuk tukar saiz berus anda secara manual, sila tarik bulatan kecil ke atas dari bar pilihan warna.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Mesej Beranimasi. Teks, stiker, emoji dan mesej suara melayang ke dalam bual bila anda tekan ‘Kirim’ – meloncat dari kekunci peranti anda dengan animasi jimat tenaga.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Strim Langsung di Saluran. Mula Strim Langsung di saluran anda untuk menyiarkan video dan audio atau kongsi skrin tanpa jumlah had penonton dari mana-mana peranti – mobil atau komputer (desktop atau komputer riba).

Di Android, buka Profil Saluran ⋮ > Mula Strim Langsung.
Di iOS, buka Profil Saluran > Strim Langsung.
Di Desktop, tekan/klik ikon 💬 pada bar di bahagian atas Saluran.
Di macOS, tekan/klik … pada bar di bahagian atas Saluran > Strim Langsung.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memajukan Secara Fleksibel. Tekan Memajukan Mesej pada atas bar mesej untuk buka tingkap pratonton dan sesuaikan bagaimana mesej akan dipaparkan.

Sembunyikan nama pengirim, sembunyi kapsyen dari mesej media, nyahpilih mesej atau tukar penerima jika anda tekan pada bual yang silap.

Di Privasi dan Sekuriti tetapan anda, anda boleh kawal samada mesej anda termasuk link ke profil anda bila memajukan dengan nama anda boleh dilihat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lompat ke Saluran Belum Dibaca Seterusnya. Ada terdapat berjuta saluran di Telegram di mana berita, video, meme dan banyak lagi sentiasa dipos. Bila anda telah tiba ke paras paling bawah saluran, anda boleh leret ke atas untuk tukar dengan pantas ke saluran belum di baca seterusnya – tanpa kembali ke senarai bual.

Jika anda guna folder atau Bual Diarkib untuk menyusun senarai bual anda, aplikasi akan terdahulu tunjuk saluran anda dari Folder Terkini, kemudian Folder Yang Lain anda, kemudian dari Semua Bual, dan akhir sekali Arkib anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Bertren. Di atas stiker Terbaru Diguna anda, anda akan dapat temui pek terkini dari artis profesional.

Skrol pada bar di gambar kecil, kemudian tekan untuk pratonton dan tambah pek ke panel anda.

Untuk tukar susunan pek stiker anda, tekan lama pada salah satu dari ikon di bar atas dan tariknya ke tempat dikehendaki.


Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cadangan Stiker. Taip satu emoji di bar mesej untuk lihat segera berdozen stiker yang berkaitan dalam apa juga situasi.

Anda boleh temui emoji yang ada ingini dengan cadangan emoji dan cara pantas – tanpa perlu skrol.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tema Bual. Di bual 1-dengan-1, anda boleh guna tema tertentu hanya untuk bual tersebut – memberinya satu pemandangan dan perasaan.

Setiap tema mempunyai versi siang dan malamnya sendiri, dengan belon mesej bergradien, latar belakang beranimasi dan corak unik.

Tema bual disegerakkan ke semua peranti anda dan juga didayakan untuk pasangan bual anda.

Untuk pilih tema bual di Android, tekan ⋮ > Tukar Warna.
Di iOS, tekan Kepala Bual > Lagi > Tukar Warna.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Emoji Interaktif. Kirim dan tekan Emoji Interaktif. Kirim dan tekan 🎆🎉🎈👍👎❤️😂😭🤩😁😢🔥😱🤮💩❄️👻🎃💸
dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh.

dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh.

Bila bual kedua pengguna terbuka pada masa yang sama, animasi dan getaran dimainkan dalam masa yang sama di peranti mereka. Anda boleh tahu bahawa rakan anda juga nampak animasi tersebut dari status kelihatannya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Status Dibaca di Grup. Dalam grup, mesej anda ditanda sebagai telah dibaca sebaik sahaja salah seorang dari ahli membukanya. Anda kemudian akan dapat memilih mesej anda untuk melihat ahli grup yang mana yang telah membacanya.

Untuk melindungi privasi pengguna, status dibaca di grup hanya akan disimpan selama 7 hari selepas mesej dikirim.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakam Video Langsung. Pentadbir boleh rakam Strim Langsung dan Bual Video untuk simpan dan kongsi selepas siaran.

Video boleh dirakam dalam orientasi landskap atau potret, dan selepas rakaman dihentikan, fail akan dengan serta merta dimuat naik ke Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir yang memulakan rakaman.

Anda boleh mula rakaman dari mana-mana peranti – hanya dengan tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Grup dan Saluran Awam.
Semua grup dan saluran adalah berbentuk peribadi sebagai paras asal, tetapi anda boleh tukar mereka menjadi awam dan terbuka untuk mana-mana pengguna untuk sertai atau melanggan.

Grup dan saluran awam mempunyai link unik t.me, boleh dijumpai dari keputusan Carian Global, boleh mencecah penonton tanpa had dan membina komuniti besar untuk mana-mana kecenderungan.

Anda mestilah seorang pemilik bual untuk tukar jenis grup atau saluran. Di Android tekan Kepala Bual > ✏️ > Jenis Grup/Saluran. Di iOS tekan Kepala Bual > Sunting > Jenis Grup/Saluran.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot. Melaksana tugas dan akses servis yang dibina pada Platform Terbuka Bot Telegram. Guna Menu Bot atau masukkan teks untuk kirim koman anda, dan Bot akan secara pantas proses permintaan anda.

Mana-mana juruprogram boleh membina aplikasi berdasarkan bual yang bergerak terus dari dalam Telegram untuk apa-apa jua dari stor di talian hingga ke arked permainan.

Bot mempunyai link t.me dan boleh ditemui di carian – seperti Bot Stiker rasmi, Bot Gmail, dan banyak lagi.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS