Panduan Telegram
54K subscribers
1 photo
339 videos
312 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jemput dengan Kod QR: Tukar link jemputan untuk grup atau saluran anda kepada kod QR yang boleh diimbas untuk kirim dan kongsi di mana-mana.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kirim Media Sebagai Fail. Foto dan video boleh dikirim dengan saiz dan kualiti penuh – sehingga 2 GB setiap fail.

Di Android dan iOS, tekan 📎 untuk buka menu lampiran, dan kemudian pilih ‘Fail’ di bar bawah. . Anda juga boleh kirim dengan cepat media terbaru dari galeri sebagai fail yang tidak dimampatkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Suara Tanpa Had.
Pentadbir Grup dan Saluran boleh mulai bual suara untuk membawa peserta tanpa had untuk bual secara langsung, podkas dan banyak lagi.

Link jemputan khusus membolehkan pengguna sertai sebagai pendengar atau penceramah, dan pendengar boleh mengangkat tangan jika mereka ingin bercakap.

Teks bio anda boleh dilihat dalam senarai, untuk menambah info anda atau bertanya soalan. Untuk bual suara di saluran, anda boleh sertai dengan akaun peribadi anda atau sebagai salah satu dari saluran anda untuk privasi tambahan.

Bual Suara di grup menyokong video – peserta boleh buka kamera atau kongsi skrin mereka dari mana-mana peranti.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk mempelajari ratusan ciri-ciri Telegram canggih dalam bentuk animasi, sila sertai saluran 'Panduan Telegram' dengan menekan link di bawah:
السلام عليكم دان سلام سجهترا،

اونتوق ممڤلاجري راتوسن چيري-چيري تيليڬرام چڠڬيه دالم بنتوق انيماسي، سيلا سرتاي سالورن ءڤندوان تيليڬرامء دڠن منكن لينك د باوه:

https://yangx.top/TelegramTipsMS

Cari ciri yang diminati dengan menaip kata kunci untuk memaparkan ciri yang dikehendaki atau skrol ke atas.

Sila wawarkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan. (Jika dari dalam saluran Panduan Telegram, tekan anak panah di sebelah kanan bawah mesej ini kemudian pilih penerima individu atau grup atau saluran, seberapa banyak yang anda ingin, kemudian tekan Kirim. Atau salin dan tampal kemudian Kirim.)

Semoga penggunaan Telegram anda akan bertambah mantap.
چاري چيري يڠ دمينتي دڠن مناءيڤ كات كونچي اونتوق مماڤركن چيري يڠ دكهندقي اتاو سكرول ك اتس.

سيلا واوركن كڤد قوم كلوارڬ دان راكن-راكن. (جك دري دالم سالورن ڤندوان تيليڬرام، تكان انق ڤانه د سبله كانن باوه ميسيج اين كمودين ڤيليه ڤنريما اينديۏيدو اتاو ڬروڤ اتاو سالورن، سبراڤ باڽق يڠ اندا ايڠين، كمودين تكان كيريم. اتاو سالين دان تمڤل كمودين كيريم.)

سموڬ ڤڠڬوناان تيليڬرام اندا اكن برتمبه منتڤ.

Untuk menukar Telegram anda ke versi Jawi, masukkan Jawi ke Telegram sedia ada anda untuk setiap peranti dengan menekan link di bawah (Perlu lakukan sekali sahaja):
https://yangx.top/setlanguage/melayu-jawi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gerakan Leret Senarai Bual. Di Tetapan, pengguna Android dapat menetapkan tindakan khusus untuk meleret ke kiri di senarai bual - seperti senyap, semat, hapus, arkib atau tanda telah dibaca.

Di paras asal, pengguna iOS boleh meleret ke kanan untuk semat atau tanda telah dibaca, dan meleret ke kiri untuk senyap hapus atau arkib.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakam Audio Langsung. Pentadbir boleh tekan Mula Merakam untuk simpan audio dari Strim Langsung dan Bual Video – walaupun tiada yang buat keputusan untuk buka kamera mereka.

Fail audio dihantar terus ke bual Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir, sedia untuk kongsi dengan peserta. Bila pengguna berkongsi input kamera mereka atau skrin, rakaman video juga boleh diperolehi.

Anda boleh mula rakaman dari mana-mana peranti – hanya dengan tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Grup. Sehingga 200,000 pengguna boleh berbual, kirim teks dan kongsi media dalam grup bual.

Grup terbahagi kepada peribadi dan awam dan menyediakan alatan pentadbir yang perkasa untuk mengurus diskusi dalam apa jua saiz grup – termasuk undian untuk membuat keputusan grup dan juga bual video dengan perkongsian skrin.

Mana-mana grup boleh mendayakan Topik bagi mencipta ruang berasingan untuk berbincang dalam hal pekerjaan, hobi dan lain-lain.
Panduan Telegram pinned «Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk mempelajari ratusan ciri-ciri Telegram canggih dalam bentuk animasi, sila sertai saluran 'Panduan Telegram' dengan menekan link di bawah: السلام عليكم دان سلام سجهترا، اونتوق ممڤلاجري راتوسن چيري-چيري تيليڬرام چڠڬيه…»
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Grup Siaran. Grup yang menghampiri angka 200 ribu ahli boleh bertukar ke Grup Saluran yang tiada had ahli.

Setelah menukar grup, hanya pentadbir yang boleh mengirim mesej tetapi semua ahli boleh membaca mesej dan mengambil bahagian pada bual video.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jemput Penceramah dan Peserta ke Bual Suara. Pentadbir di bual suara boleh kongsi link jemputan tertentu yang benarkan pengguna sertai dengan serta merta dengan hak istimewa untuk bercakap atau dengan mikrofon mereka disenyapkan.

Peserta boleh angkat tangan mereka pada bila-bila masa untuk minta kebenaran dari pentadbir untuk bercakap.
Panduan Telegram boleh didapati dalam 12 bahasa lain selain Melayu - dan akan ditambah dari masa ke semasa. 😈

Jerman
Indonesia
Inggeris
Itali
Perancis
Poland
Portugis
Sepanyol
Turki
한국어
العربية
فارسی
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pembayaran. Peniaga boleh memapar barangan dan terima pembayaran kad kredit dalam mana-mana bual.

Telegram tidak mengenakan apa-apa komisen dan tidak menyimpan info pembayaran – lihat bagaimana caranya melalui demo di @TestStore.

Transaksi diproses secara selamat oleh 8 pembekal pembayaran, seperti Stripe. Mana-mana peniaga boleh terus mula mengguna API Pembayaran -- tiada permohonan atau kelulusan diperlukan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bual Suara Berjadual. Pentadbir Grup dan Saluran boleh jadualkan bual suara untuk tarikh dan masa tertentu.

Ahli akan dapat lihat bilangan menurun di bahagian atas bual, di mana mereka boleh tekan untuk set notifikasi bila bual suara itu bermula.

Untuk jadualkan bual suara, buka laman profil Grup atau Saluran.
Android: tekan ⋮ > Mula Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
iOS: tekan Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Peringatan Bual Suara. Setelah bual suara dijadualkan, anda boleh tekan pada banting pembilang turun untuk terima notifikasi bila bual suara dimulakan – walaupun jika ianya berjalan langsung pada masa yang tak sama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Profil Bual Suara. Tekan pada pengguna di senarai peserta bual suara untuk lihat bio penuh mereka dan gambar profil yang dikembangkan.

Anda juga boleh tukar gambar dan sunting bio anda terus dari interfes, tanpa mengecilkan bual.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cepat Ke Depan dan Pusing Balik Video. Di pemain media, tekan lama pada sebelah kanan atau kiri skrin untuk cepat ke depan dan pusing ke belakang – atau tekan dua kali untuk lompat 10 saat ke depan atau ke belakang.

Di iOS, tekan lama butang +/-15s.

Untuk lajukan atau perlahankan video, tukar kelajuan main balik.

Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stiker Bertren. Tekan butang (+) di panel stiker untuk lihat pek yang bersesuaian dengan musim – atau hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Statistik Grup. Pemilik grup besar dengan lebih daripada 500 ahli dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan pertumbuhannya.

Statistik juga ada untuk saluran.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Picit untuk Zum Media. Besarkan gambar dan video seta merta dalam bual dengan memicit skrin untuk zum ke dalam – tanpa membuka mereka di pemain media.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Telegram Web. Buka salah satu dari web aplikasi Telegram di web browser anda pada mana-mana peranti – desktop atau mudah alih.
WebZ
WebK

Telegram Web menyokong ciri-ciri kegemaran anda seperti stiker beranimasi
, mod gelap dan folder bual, dan ianya sangat efisien – memerlukan hanya 400KB untuk dimuat turun tanpa perlu dipasang.

Seperti aplikasi Desktop kami, Telegram Web adalah mandiri. Sebaik sahaja anda log masuk, anda tak perlu meletak fon anda berhampiran atau dihubungi ke internet.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Android Muat Turun Terus. Telegram untuk Android boleh didapati terus dari laman web kami. Ianya dikemaskini secara automatik dan anda akan menerima versi baru jauh lebih cepat dari aplikasi di Play Store dan App Store.

Aplikasi Telegram menyokong binaan yang boleh dihasilkan semula – mana-mana pengguna boleh pastikan yang aplikasi mereka dibina dengan kod sumber terbuka yang sama yang diterbitkan di talian.